Menu
 
 
: Profail Jabatan > Pengenalan
PENGENALAN

Jabatan Pengangkutan Bandar bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan dan kemudahan sistem pengangkutan bandar yang selesa, selamat dan bermutu tinggi kepada wargakota sejajar dengan arus pembangunan.

Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 1987 dan pada masa ini diletakkan di bawah Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan. Sejak penubuhannya, jabatan ini terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu Perancangan dan Pelaksanaan.

Bahagian Perancangan adalah bertangggungjawab dalam bidang-bidang seperti berikut:

  • Merancang dan menyediakan Pelan Induk bagi Sistem Pengangkutan Bandar dan Pembangunan Kemudahan-Kemudahan Sistem Pengangkutan Awam.

  • Mengurus dan menyelenggara operasi Sistem Tempat Letak Kereta Awam.

  • Mengendalikan dan menguruskan Sistem Maklumat Kawalan Lalulintas Bersepadu (Integrated Transportation Information System).

  • Menguruskan dan menyediakan lapuran maklumbalas kepada soalan-soalan Parlimen/Kabinet dan lain-lain pertanyaan dari agensi kerajaan berkaitan dengan pengangkutan bandar serta membuat penyiasatan, lapuran dan tindakan.

  • Kawalan Pembangunan untuk menyelaras keperluan kemudahan pengangkutan awam dan sistem pengurusan lalulintas yang akan disediakan oleh pemaju.

  • Pengurusan Terminal Bas.

Bahagian Pelaksanaan bertanggungjawab dalam bidang-bidang seperti berikut:-

  • Pelaksanaan dan Pemantauan Sistem Pengurusan Lalulintas di Bandaraya Kuala Lumpur.

  • Pengesanan Lalulintas, Pengumpulan dan Penganalisaan Data Kemalangan Jalan Raya, Perkiraan Isipadu Lalulintas dan Kajian Kapasiti Jalan (Traffic Monitoring).

  • Menyelaras dan mengurus pelaksanaan dan pembinaan Sistem Rel (Monorail, LRT dan Komuter) dan Lebuh raya Bandar di Bandaraya Kuala Lumpur.

  • Merancang, menyedia dan mengawal belanjawan tahunan Jabatan (Belanjawan Pengurusan dan Pembangunan.

  • Menguruskan aduan awam terhadap masalah lalulintas dan kemudahan pengangkutan awam dengan membuat penyiasatan, menyediakan lapuran dan tindakan susulan.

  • Menguruskan permit penutupan jalan, laluan kenderaan berat, pemasangan khemah dan lain-lain dalam kawasan pusat bandaraya.

  • Menguruskan kontrak-kontrak pembinaan kemudahan pengangkutan awam.

Segala urusan berkenaan jabatan ini sila hubungi:
Jabatan Pengangkutan Bandar
Tingkat 19, Menara Tun Razak Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2614 4222  No. Faksimili: 03-2693 9245
Emel Jabatan:jpb[at]dbkl.gov.my