Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan
Dasar Privasi
Dasar Privasi
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi
penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan
oleh pengunjung.
Sekiranya anda ingin mendaftar
dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang
mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin
akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain
untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih
berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam
menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas
dari agensi-agensi lain.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda
melayari Portal Rasmi DBKL kecuali maklumat yang
dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran
yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam
Portal ini.
Apa yang akan Berlaku
jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang
Lain?
Portal Rasmi DBKL mempunyai pautan ke laman web
agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar
privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja.
Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat
dalam pautan Portal ini mungkin mempunyai dasar
privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan
supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi
setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan
dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari
halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat
yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan
tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama
pihak yang lain.
Dasar Keselamatan
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah
digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan
dan pematuhan kepada standard keselamatan yang
ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian
yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data
peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan
teknologi keselamatan yang sesuai.
|