Rabu, 21 Ogos 2019 [ 9:43:15 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Piagam Pelanggan

  1. Mengemukakan laporan prestasi kemajuan projek di bawah pembiayaan kerajaan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) setiap bulan,

  2. Memastikan permohonan pelepasan unit kuota bumiputera diberi   maklumbalas dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima,

  3. Memberi maklumbalas terhadap permohonan pembelian tanah,   pajakan   tanah, projek usahasama, permohonan tempat letak kereta dan projek kecil dalam tempoh 14   hari bekerja selepas keputusan mesyuarat di peringkat pengurusan diterima.

  4. Memproses dokumen dan pelan-pelan cadangan pembangunan untuk tujuan kebenaran perancangan dalam tempoh14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

  5. Menguruskan dokumen yang melibatkan sub-sale dalam tempoh masa 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.

  6. Mengemukakan laporan hasil permohonan RUMAWIP kepada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) pada setiap bulan.