Isnin, 26 Ogos 2019 [ 6:29:03 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Soalan Lazim

 

PENGEMUKAAN PERMOHONAN

1.

Apakah jenis-jenis permohonan yang dikemukakan di kaunter OSC?

 

Permohonan pembangunan yang dikemukakan ke kaunter OSC merangkumi:

  1. Kebenaran Merancang
  2. Pelan Bangunan
  3. Pelan Kejuruteraan yang merangkumi Pelan Kerja Tanah,Pelan Jalan dan Perparitan (R&D), Pelan MSMA & Pelan Lampu Jalan.
  4. Pelan Lanskap

 

2.

Siapakah yang boleh mengemukakan permohonan pembangunan?

 

Permohonan pembangunan boleh dikemukakan oleh Pemilik Tanah Berdaftar. Pelan-pelan cadangan permohonan perlu disediakan oleh orang-orang berkelayakan seperti berikut :

  1. Pelan Kebenaran Merancang
    1. Jururancang Bandar yang bertauliah (boleh membuat semua jenis permohonan)
    2. Arkitek bertauliah (boleh membuat semua jenis permohonan. Walau bagaimana pun, pembangunan melibatkan keluasan tanah 5 ekar dan lebih, perlu disertakan dengan perakuan oleh Jururancang Bandar Bertauliah)
    3. Jurutera bertauliah (bagi kerja-kerja kejuruteraan seperti pembinaan stesen minyak, struktur telekomunikasi & pemasangan paparan iklan, dan apa-apa kerja berhubungan di bawah undang-undang berkaitan)
    4. Juruukur Tanah Berlesen (bagi pelan cadangan melibatkan cantuman dan pecahan lot tanah)
    5. Pelukis pelan (bagi pembinaan baru atau tambahan & perubahan bangunan kediaman sahaja yang melibatkan ketinggian tidak melebihi 2 tingkat & keluasan lantai tidak melebihi 300mp

  2. Pelan Bangunan
    1. Arkitek bertauliah (boleh membuat semua jenis permohonan. Walau bagaimana pun pembangunan melibatkan keluasan tanah 5 ekar dan lebih, perlu disertakan dengan perakuan oleh Jururancang Bandar Bertauliah)
    2. Jurutera bertauliah (bagi kerja-kerja kejuruteraan seperti pembinaan stesen minyak, struktur telekomunikasi & pemasangan paparan iklan, dan apa-apa kerja berhubungan dibawah undang-undang berkaitan)
    3. Pelukis pelan (bagi pembinaan baru atau tambahan & perubahan bangunan kediaman sahaja yang melibatkan ketinggian tidak melebihi 2 tingkat & keluasan lantai tidak melebihi 300mp)

  3. Pelan kejuruteraan
    Jurutera Bertauliah

  4. Pelan lanskap
    Arkitek Lanskap Berdaftar

 

3.

Dimanakah permohonan pembangunan boleh dikemukakan?

 

Permohonan pembangunan boleh dikemukakan di alamat seperti berikut:

Urusetia Pusat Setempat,
Tingkat Bawah, Menara DBKL II,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Telefon : 03 - 2028 2942 / 2944
Faks : 03 - 2694 3085

Waktu berurusan : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

 4.  Semakan maklumat asas bagi pengemukaan permohonan pembangunan?
 

Pemohon adalah dinasihatkan membuat semakan permohonan pembangunan seperti:

BIL

KATEGORI

LOKASI

1

Zon Gunatanah & Intensiti Pembangunan

Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 14, Menara DBKL 1

2

Kesesuaian Kelas Kegunaan & Aktiviti

Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 14, Menara DBKL 1

3

Pematuhan Kepada Garis Panduan Perancangan

Unit R&D, Tingkat 10, Menara DBKL 1

4

Serahan Tanah Bagi Menaik Taraf Struktur Seperti Pelebaran Jalan & Parit

Unit Jalan dan Perancangan, Jabatan Perancangan Infrastruktur, Tingkat 15, Menara DBKL 1

5

Maklumat Keperluan MSMA

Unit MSMA, Jabatan Perancangan Infrastruktur, Tingkat 16, Menara DBKL 1

6

Susunan & Spesifikasi Tempat Letak Kereta

Unit Pengangkutan Jalan , Jabatan Perancangan Infrastruktur, Tingkat 15, Menara DBKL 1

 

5.  Bolehkan permohonan pembangunan 1 unit kediaman bertanah (landed residential development) dikemukakan secara berasingan?
 

Permohonan pembangunan 1 unit kediaman bertanah (landed residential development) tidak boleh dikemukakan secara berasingan dan hendaklah dikemukakan secara serentak melalui prosedur kediaman kecil (KK) di bawah kategori A07 Manual Pengemukaan Permohonan KPKT merangkumi permohonan Kebenaran Merancang , Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan atau di bawah kategori A12 merangkumi Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan. Bagaimana pun, peraturan ini tidak terpakai bagi pembangunan yang melibatkan serahan tanah.

 

KAWALAN PERANCANGAN
1. Pembangunan apakah yang dikenakan caj pembangunan kenaikan nilai tanah?
 

Kelulusan pembangunan yang melibatkan penukaran zon gunatanah @ penambahan intensiti pembangunan adalah tertakluk kepada pembayaran caj pembangunan berdasarkan    peruntukan Seksyen 40 Akta ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan, Akta 267. Ketetapan gunatanah dan intensiti asas bagi tujuan pengenaan caj pembangunan kenaikan nilai tanah adalah berpandukan kepada :

  1. Pelan Pembangunan Lengkap 1039, 1040 & 1041.
  2. Pelan-pelan warta
  3. Kaedah zon kepadatan 1985 bagi kawasan di luar Pelan Pembangunan Lengkap & Pelan Warta
  4. Apa-apa kelulusan perintah pembangunan yang masih berkuatkuasa telah mengubah zon gunatanah atau intensiti pembangunan
2. Apakah jenis permohonan pembangunan yang tidak memerlukan Kebenaran Perancangan?
 

Permohonan pembangunan yang dikecualikan daripada Kebenaran Perancangan adalah seperti disenaraikan dalam Seksyen 20 (2) Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, Akta 267. Di antara permohonan tersebut termasuklah:

  1. Tambahan dan perubahan dalaman yang tidak melibatkan tambahan lantai baru dan perubahan fasad
  2. Pembinaan semula serta tambahan perubahan rumah kediaman bertanah
  3. Kerja-kerja penyelenggaraan seperti penggantian bahan kemasan
  4. Pindaan pelan bangunan yang tidak melibatkan tambahan luas lantai, bilangan tingkat & bilangan unit 'residing' seperti hotel, pangsapuri servis, SOHO & pangsapuri
  5. Pindaan pelan bangunan penggunaan ruang 'footprint' dengan syarat tidak menjejaskan kawasan lapang berpusat, laluan keluar masuk dan anjakan minimum bangunan
 PENGUATKUASAAN PERANCANGAN
1. Apakah jenis-jenis kesalahan yang melibatkan tindakan penguatkuasaan perancangan?
 

Jenis-jenis kesalahan perancangan adalah seperti yang disenaraikan di dalam Seksyen 20 (2) Akta ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan, Akta 267. Di antara kesalahan-kesalahan tersebut adalah :

  1. Menukar kegunaan tanah/bangunan tanpa kelulusan perancangan
  2. Mendirikan struktur tanpa kelulusan perancangan
  3. Meneruskan aktiviti yang telah tamat tempoh kelulusan perancangan
  4. Menjalankan pembangunan yang melanggar syarat-syarat kelulusan perancangan

 

2. Apakah bentuk tindakan penguatkuasaan perancangan yang boleh diambil oleh DBKL?
 

Tindakan penguatkuasaan perancangan boleh dilaksanakan mengikut kaedah berikut:

  1. Menjalankan tindakan perobohan/pindah alih selaras dengan peruntukan seksyen 29 Akta ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan, Akta 267
  2. Mengemukakan aduan mahkamah untuk mendapatkan arahan tindakan selaras dengan peruntukan seksyen 29 Akta ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan, Akta 267
  3. Mengenakan denda kompaun maksimum RM50,000.00 dan denda harian RM500.00 bagi kesalahan berterusan selaras dengan peruntukan seksyen 26 Akta ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan, Akta 267

Bagi tujuan melaksanakan tindakan penguatkuasaan perancangan satu notis akan disampaikan terlebih dahulu kepada Orang Kena Notis (OKN) bagi memaklumkan kesalahan yang dilakukan.

 

PROSEDUR PEMBELIAN
 1. Apakah jenis-jenis dokumen perancangan yang boleh dibeli oleh orang awam
   

BIL

JENIS DOKUMEN

LOKASI PENJUALAN

KADAR BAYARAN

1

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020

Unit Pentadbiran, Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 13, Menara DBKL 1

Bahasa Melayu : RM127.20

Bahasa Inggeris : RM159.00

2

Draf PBRKL 2020

Unit Pentadbiran, Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 13, Menara DBKL 1

Bahasa Melayu : RM127.20

Bahasa Inggeris : RM159.00

3

Buku ‘Urban Design Guideline’

Unit Pentadbiran, Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 13, Menara DBKL 1

 RM318.00

4

Garis Panduan Perancangan (GPP)

Unit Pembangunan Mampan, Bahagian Penyelidikan Pembangunan, Tingkat 10, Menara DBKL 1

1 set : RM361.45

Pembelian secara berasingan bergantung kepada tajuk GPP

5

Pelan Lokasi (‘Hardcopy’ sahaja)

Unit Pengurusan Maklumat Perancangan, Bahagian Penyelidikan Pembangunan, Tingkat 9, Menara DBKL 1

Salinan berwarna

A4 : RM30.00

A3 : RM50.00 Salinan tidak berwarna

A4 : RM20.00

A3 : RM40.00