Jumaat, 19 Julai 2019 [ 6:27:03 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Piagam Pelanggan

Kami sebagai kakitangan Jabatan Undang-Undang  & Pendakwaan akan memberikan perkhidmatan yang cekap dan efektif dalam melaksanakan fungsi-fungsi jabatan. Sehubungan dengan itu, kami berjanji untuk:

 

  1. Nasihat perundangan:
    • Memberi nasihat perundangan kepada jabatan-jabatan di DBKL dan orang awam dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh maklumat lengkap diterima.

  2. Penggubalan:
    • Dokumen perundangan
      • Menyemak dan mengkaji keperluan untuk meminda perundangan setiap tiga (3) tahun dari tarikh pewartaan terakhir.
      • Menyediakan draf pertama perundangan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh arahan diterima, sekiranya maklumat yang diterima adalah lengkap.

    • Dokumen kontrak
      • Menyediakan draf pertama dokumen kontrak dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh terma-terma perjanjian dimuktamadkan.
      • Memproses dan menandatangani suatu dokumen kontrak dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

  3. Pendakwaan:
    • Memproses dan memfailkan aduan ke mahkamah dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh aduan lengkap diterima.
    • Memaklumkan keputusan kes kepada jabatan-jabatan yang berkenaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh keputusan diterima dari Mahkamah.

  4. Sivil:
    • Melantik panel peguam untuk mewakili Datuk Bandar dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh terima saman kes litigasi sivil terhadap Datuk Bandar.
    • Memaklumkan keputusan kes-kes mahkamah kepada jabatan-jabatan yang berkenaan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh keputusan kes diterima.