Monday, 26th August 2019 [ 6:20:59 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Pertanyaan petempatan warga asing

Pengirim
: Raj
Maklumbalas / Pertanyaan
: Saya telah menyewa pejabat tingkat 3 di satu bangunan di KL. Tuan punya bagunan telah menyewakan tingat 4 kepada sebuah syarikat lain yang telah menempatkan pekerja asing.

Bolehkah perkerja asing ditempatkan dibangunan pejabat sebagai hostel ?

Perlukah mereka mendapatkan kelulusan tertentu dari pada DBKL sebelum boleh dijadikan hostel ?

saya risau tentang aspek keselamatan dan kebersihan

Diharap DBKL boleh memberi penjelasan sejawarnya

terima kasih
Tarikh
:

20 September 2016 17:05

Jawapan Maklumbalas
:

Salam Sejahtera

Untuk makluman tuan, seharusnya tukarguna lantai perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Perancangan Bandaraya, DBKL terlebih dahulu.

Sehubungan itu, adalah dipohon pihak tuan memberikan maklumat lanjut berkaitan isu ini kepada pihak kami untuk siasatan lanjut yang mengandungi :

a. Nama penuh tuan dan no telefon untuk dihubungi
b. Alamat lengkap premis yang diadukan

Perkara ini akan direkodkan didalam sistem aduan kami setelah butiran di atas diberikan.

Tarikh
:

21 September 2016 09:32