Selasa, 21 Mei 2019 [ 11:54:37 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Perkhidmatan Kami

Objektif

Memastikan hartanah persendirian di WPKL dinilai bagi maksud cukai taksiran selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976, mengurus hartanah Datuk Bandar serta memberi khidmat nasihat nilaian hartanah untuk jabatan dalaman DBKL dengan efisyen dan berkesan.

 

Fungsi

     

  1. Membuat penilaian cukai taksiran ke atas hartanah persendirian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

  2. Membuat penilaian caruman membantu kadar ke atas harta milik Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.

  3. Membuat penilaian nilai pasaran, nilai pampasan, nilai sewa, nilai pajakan, nilai insuran dan kajian kemungkinan bagi harta-harta milik DBKL atau yang dicadang dibeli/disewa/diambil balik oleh DBKL.

  4. Membuat penilaian caj pembangunan mengikut permintaan dari Jabatan Perancang & Kawalan Bangunan DBKL.

  5. Mengurus permohonan tanah, sewaan tanah dan bayaran cukai tahunan bagi tanah-tanah milik DBKL.

  6. Mengurus dan menyelenggara bangunan pejabat, kilang, pangsapuri dan kondominium milik DBKL.

  7. Mengurus permohonan hakmilik strata bagi perumahan awam milik DBKL.

  8. Mengawal selia pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam melaksanakan fungsi Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur.

 

Perkhidmatan Kami

1. PERKHIDMATAN KAUNTER SENARAI NILAIAN DI JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA, DBKL 
 

Kaunter di sini menyediakan kemudahan kepada wargakota untuk perkhidmatan carian untuk permohonan mendapatkan maklumat pemilikan serta kemaskini hakmilik melalui Borang I & J dan tukar alamat surat menyurat untuk bil cukai taksiran.


Kaunter dibuka pada hari dan waktu di bawah:

ISNIN - JUMAAT : 8.30 pagi – 4.30 petang
REHAT :  
ISNIN – KHAMIS : 1.00 petang – 2.00 petang
JUMAAT : 12.15 tengahari - 2.45 petang 

(Nama Pegawai: Encik Muhamad Saiful Azhar Bin Zainudin,
Telefon: 603-2617 1036/1037/1038)

KAUNTER DITUTUP PADA CUTI UMUM DAN HARI KELEPASAN AM

2. PENGEMASKINIAN PERTUKARAN HAKMILIK MELALUI BORANG BORANG I & J
 

Setiap proses pengemaskinian pertukaran hakmilik melalui Borang I & J hendaklah dikemukakan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan Perjanjian Jual Beli atau Geran
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Baru
  3. Salinan Cukai Taksiran yang telah dijelaskan
  4. Jika Syarikat hendaklah mengemukakan maklumat SSM
3. PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT PEMILIKAN HARTA
 

Apabila membuat carian, hendaklah menyediakan maklumat berikut:

  1. Nombor Lot
  2. Nama Jalan
  3. Seksyen
  4. Pelan Kedudukan Harta

 

Setiap carian di bawah akan dikenakan bayaran sebanyak RM42.40 (termasuk GST) dan maklumat yang akan diberikan adalah seperti berikut:

  1. Pemilik Harta
  2. Alamat Harta
  3. Nombor Lot
  4. Cukai yang dikenakan serta
  5. Lain-lain perkara berkaitan dengan cukai taksiran