Ahad, 7 Jun 2020 [ 5:31:58 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Piagam Pelanggan

  1. Meminda Senarai Nilaian bagi hartanah yang dibenarkan di bawah Seksyen 144 Akta Kerajaan Tempatan 1976 seperti bangunan baru, tambahan atau ubahsuaian dan perobohan sebanyak 4 kali setahun iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai, dan 1 Oktober setiap tahun. Tarikh kuatkuasa pindaan Senarai Nilaian bagi bangunan baru adalah 6 bulah selepas tarikh keluaran Perakuan Menduduki Sementara Bangunan (TCF), Perakuan Menduduki Bangunan(CF), Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) atau Borang F.
  2. Mengeluarkan Notis Pemberitahuan kepada pemilik harta mengenai pindaan Nilai Tahunan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh pendengaran bantahan.
  3. Mengeluarkan Notis Panggilan Mendengar Bantahan kepada pemilik yang mengemukakan bantahan terhadap pindaan Nilai Tahunan secara bertulis dan dalam tempoh yang dibenarkan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh pendengaran bantahan.
  4. Mengeluarkan keputusan Pendengaran Bantahan cukai taksiran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh pendengaran bantahan.
  5. Menjelaskan bayaran cukai tanah tahunan bagi tanah-tanah milik Datuk Bandar Kuala Lumpur di bawah seliaan jabatan sebelum 31 Mei setiap tahun.
  6. Memaklumkan Jabatan Kewangan bahawa kerja-kerja pindaan Senarai Nilaian telah disempurnakan sebelum 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober setiap tahun.
  7. Menyediakan laporan penilaian bagi maksud caj pembangunan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  8. Menyediakan laporan hasil siasatan tanah sebanyak dua (2) kali setahun.
  9. Mengemukakan permohonan tanah bagi maksud hakmilik rizab atau TOL dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  10. Mengeluarkan Sijil Perakuan Penubuhan Badan Pengurusan Bersama dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  11. Memastikan Notis Penubuhan Badan Pengurusan Bersama dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan senarai bangunan berstrata yang telah dinilai Cukai Taksiran pada setiap penggal penilaian.
  12. Mengeluarkan keputusan permohonan penyewaan bangunan yang diurus oleh jabatan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penyewaan Tanah dan Bangunan.
  13. Mengeluarkan Surat Tawaran Menyewa Dewan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan resit cagaran lengkap bersama dokumen berkaitan.
  14. Mengeluarkan Notis Peringatan Tunggakan Sewa pada setiap dua (2) bulan kepada penyewa yang mempunyai tunggakan sewa.