Isnin, 26 Ogos 2019 [ 6:18:17 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Piagam Pelanggan

"PRIHATIN DAN KHIDMAT MURNI TUNGGAK BAKTI KAMI"

KOMITMEN KAMI IALAH UNTUK:

  1. Memberi perkhidmatan kepakaran Ukur Bahan di peringkat Pra-Kontrak yang meliputi perkhidmatan berikut:
    1. Menyediakan Dokumen Tawaran dalam tempoh 90 hari bekerja selepas menerima maklumat projek yang lengkap daripada Jabatan Pelaksana.
    2. Menyediakan Dokumen Sebutharga dalam tempoh 30 hari bekerja selepas menerima maklumat projek yang lengkap daripada Jabatan Pelaksana.
    3. Menyemak Dokumen Tawaran perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan yang dikemukakan oleh jabatan-jabatan lain di DBKL serta memberi khidmat nasihat teknikal dan aturcara kontrak dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
    4. Menyediakan Anggaran Kos Projek dalam tempoh 21 hari bekerja selepas menerima lukisan rekabentuk yang lengkap.

  2. Memberi perkhidmatan kepakaran Ukur Bahan di peringkat Pasca Kontrak yang meliputi perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
    1. Mengkaji dan menganalisa Kos Pembangunan Projek bagi projek-projek penswastaan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen daripada Jabatan Pelaksana.
    2. Menyelaras kadar harga dan pecahan harga tawaran dalam tempoh 30 hari bekerja selepas penerimaan dokumen tawaran.
    3. Menyediakan Sijil Bayaran Interim dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan yang lengkap.
    4. Menyediakan pengiraan bagi setiap kerja-kerja ubahan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan arahan bertulis daripada Jabatan Pelaksana.
    5. Menyediakan Perakuan Muktamad selewat-lewatnya 3 bulan selepas tamat tempoh Liabiliti Kecacatan sesuatu projek atau 3 bulan selepas dikeluarkan Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan mengikut mana yang terkemudian.

  3. Mengkaji dan menganalisa Kos Pembangunan Projek bagi projek-projek penswastaan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen daripada Jabatan Pelaksana.

  4. Menyediakan Laporan Penilaian Harga bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan jabatan-jabatan di DBKL dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

  5. Mengkaji, menganalisa dan menyediakan Laporan Cadangan Kewangan Perunding dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

Tarikh berkuatkuasa : 1 Januari 2012