Isnin, 26 Ogos 2019 [ 6:20:14 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Garis Panduan Penyewaan

Garis Panduan 

  1. Kadar sewa Panggung Bandaraya adalah termasuk peralatan teknikal (audio & lighting) dan 2 orang juruteknik yang akan mengawal-selia peralatan teknikal di Panggung Bandaraya. Panggung Bandaraya tidak menawarkan krew teknikal /produksi kepada Penganjur /Penyewa.
  2. Penggunaan Panggung Bandaraya adalah daripada jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam. Penganjur /Penyewa hendaklah meminta kebenaran daripada pengurusan Panggung Bandaraya bagi memohon lanjutan masa.
  3. Panggung Bandaraya hanya menawarkan penggunaan peralatan teknikal (audio & lighting) seperti mana yang sedia-ada. Sebarang penambahan peralatan hendaklah ditanggung oleh Penganjur / Penyewa.
  4. DBKL berhak memasuki premis dan memantau perjalanan persembahan dan aktiviti yang dijalankan oleh Penganjur /Penyewa tanpa perlu memberi notis pemberitahuan dari masa ke semasa sepanjang tempoh penggunaan.
  5. DBKL berhak untuk menentukan samada untuk meluluskan atau membatalkan penggunaan Panggung Bandaraya kepada mana-mana pihak Agensi Kerajaan, Agensi Swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan-persatuan dan orang perseorangan.
  6. Keutamaan penggunaan /penyewaan Panggung Bandaraya adalah bagi aktiviti-aktiviti anjuran DBKL dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan Seni Pementasan Teater /Muzikal /Tarian.
  7. DBKL berhak membuat keputusan membatalkan tempahan dan penggunaan tanpa memberi alasan sekiranya pihak Penganjur / Penyewa tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
  8. DBKL berhak untuk membuat rakaman persembahan bagi tujuan pemantauan dan bukan bertujuan komersil.
  9. DBKL tidak bertanggung-jawab di atas segala keselamatan, kerosakan ataupun kehilangan peralatan teknikal dan pentas kepunyaan Penganjur /Penyewa.
  10. Penganjur /Penyewa hendaklah menjelaskan segala bayaran kepada pihak pengurusan 14 hari daripada tarikh produksi. Sekiranya tiada bukti bayaran diterima, DBKL berhak untuk membatalkan tempahan tanpa sebarang notis.

 

Garis Panduan | Tanggungjawab Pengguna / Penganjur

  1. Penganjur / Penyewa hendaklah mengemukakan resit bayaran sebelum menggunakan kemudahan Panggung Bandaraya atau pada bila-bila masa yang diminta oleh DBKL
  2. Penganjur / Penyewa hendaklah bertanggungjawab mendapatkan permit polis dan permit hiburan dari Jabatan Pelesenan DBKL;
  3. Penganjur / Penyewa dikehendaki menyediakan kakitangan ‘Front-of-House’ (FOH) dan penyambut tetamu mereka sendiri.
  4. Penganjur / Penyewa dikehendaki menyediakan kakitangan teknikal / krew produksi sendiri;

  5.  

    Persiapan pentas hanya dibenarkan pada hari dan tarikh yang ditempah sahaja.
  6. Penganjur / Penyewa adalah bertanggungjawab diatas segala kehilangan atau kerosakan hartabenda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur;

  7.  

    Penganjur / Penyewa adalah bertanggungjawab diatas kebersihan Panggung Bandaraya dan memastikan segala peralatan dan kemudahan di dalam keadaan yang sempurna dan dikembalikan ke tempat yang asal.
  8. Penganjur / Penyewa hendaklah memastikan penonton / audien mematuhi Peraturan /Panduan dan Etika penggunaan Panggung Bandaraya. Panduan dan etika penonton hendaklah dinyatakan kedalam tiket, poster dan promosi iklan.

  9.  

    Penganjur / Penyewa tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti penjualan di sekitar kawasan Panggung Bandaraya tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Pengurusan Panggung Bandaraya;
  10. Sebarang aktiviti memasak di sekitar kawasan Panggung Bandaraya adalah dilarang sama sekali.

  11.  

    Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam keseluruhan bangunan Panggung Bandaraya.
  12. Penganjur / Penyewa hendaklah mengisi Surat Perakuan dan mematuhi setiap arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi penggunaan Panggung Bandaraya dari masa ke semasa;

  13.  

    Penggunaan paku / screw pada pentas dan dinding Panggung Bandaraya adalah dilarang sama sekali. Penganjur / Penyewa diminta mengeluarkan segala kelengkapan pementasan termasuk props dan set selepas selesai persembahan tanpa meninggalkan tanda-tanda kerosakan pada dinding dan pentas.