Ahad, 26 Mei 2019 [ 6:17:41 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kemudahan

Panggung2

 

 

Panggung Bandaraya terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja dan bersambungan dengan bangunan lama Mahkamah Majistret dan Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. Terletak secara pepenjuru menghadap Dataran Merdeka dan Kelab Diraja Selangor, panggung ini merupakan sebahagian penting daripada sejarah ibu kota.

 

Pengunjung boleh datang ke panggung ini menggunakan pengangkutan awam.  Mereka hanya perlu berjalan kaki kira-kira 5 minit dari Stesen LRT STAR dan Putra, Masjid Jamek. Panggung ini juga boleh didatangi menerusi beberapa jalan raya dan tempat letak kereta tepi jalan disediakan di sepanjang sungai atau di seberang jalan di Bangunan DBKL.

 

Kelengkapan dan kemudahan Panggung Bandaraya telah dinaik taraf untuk menggabungkan sistem bunyi dan lampu pentas terkini, yang terbukti sesuai untuk sebarang pementasan drama atau teater bermutu tinggi.

 

Panggung ini juga mempunyai foyer, Galeri Diraja / VVIP dan bilik menunggu, kaunter tiket, galeri tempat duduk penonton yang boleh memuatkan sehingga 320 orang, ruang orkestra yang boleh dinaikkan separas dengan pentas dan 8 bilik persalinan.