Selasa, 21 Mei 2019 [ 7:39:25 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Perkhidmatan Kami

Objektif

  1. Melaksana dan memantau teknologi ICT yang terbaik di DBKL sejajar dengan Dasar ICT Kerajaan khususnya Agenda ICT Kebangsaan (NITA) dan Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor).
  2. Merancang, melaksana dan memantau Pelan Strategik ICT (ISP) yang menyokong visi, misi dan objektif DBKL.
  3. Melaksanakan khidmat sokongan sistem ICT yang terbaik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan DBKL kepada warga kota Kuala Lumpur.
  4. Melaksanakan khidmat sokongan teknikal ICT yang terbaik kepada jabatan- jabatan pengguna.
  5. Melaksana dan memantau perkhidmatan rangkaian DBKLnet supaya beroperasi dengan selamat dan sepenuh masa (24jam x 7 hari).
  6. Melaksana dan memantau sistem latihan teknikal untuk staf DBKL supaya mencapai tahap penggunaan ICT 100% selepas penyerahan sistem yang dibangunkan.
  7. Melaksanakan program pembangunan staf JPM yang dilengkapi dengan maklumat teknologi ICT terkini dalam usaha menyediakan kemahiran dan kepakaran bagi memberi sokongan dan nasihat terbaik kepada jabatan pengguna di DBKL.
  8. Melaksanakan penambahbaikan berterusan ke atas sistem aplikasi supaya penyampaian perkhidmatan DBKL sentiasa berada di tahap terbaik.
  9. Melaksana dan menyokong program-program pembangunan ICT DBKL.

Kini sebagai sebuah jabatan, skop, peranan dan tanggungjawab Jabatan Pengurusan Maklumat menjadi bertambah besar dan luas. Ia bukan sahaja memberi khidmat kepada pengguna dalaman tetapi juga mewakili organisasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

Fungsi

Bagi menjadikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai pejabat berelektronik dan Paperless Office, Jabatan Pengurusan Maklumat berfungsi untuk: 

  1. Merancang, menyelaras, membangun dan mengawalselia pembangunan serta pengkomputeran ICT di semua jabatan di DBKL dalam meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan.
  2. Menyediakan kemudahan infrastruktur rangkaian dan telekomunikasi yang reliable dan selamat bagi menyokong pelaksanaan pengkomputeran ICT.
  3. Merancang, menyelaras dan memberi perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran server dan sokongan teknikal ICT dalam menyediakan kelengkapan ICT yang terkini.
  4. Menyediakan prasarana internet dan mail elektronik untuk kemudahan di kalangan warga DBKL dan juga antara agensi kerajaan dengan swasta dan orang ramai dalam memudah dan mempercepatkan capaian maklumat dan komunikasi ke arah paperless.
  5. Merancang, membangun dan menyelenggara portal dan laman web DBKL dalam menyalurkan informasi jabatan dan aktiviti semasa DBKL kepada warga kota dan kakitangan DBKL dengan tepat dan cepat.