Thursday, 23rd May 2019 [ 8:07:31 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Piagam Pelanggan

  1. Mengemukakan kertas perakuan Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan & Perparitan bagi projek yang berskala besar, sederhana dan kecil kepada Urusetia Pusat Setempat (OSC) dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima daripada OSC.

  2. Memaklumkan keputusan Jawatankuasa Teknikal Pusat Setempat (JKTPS) / Jawatankuasa Pusat Setempat (JKPS) kepada pemohon bagi permohonan Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan & Perparitan dalam tempoh 7 hari selepas menerima keputusan daripada JKTPS / JKPS.

  3. Memproses dan meluluskan Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan & Perparitan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

  4. Mengemukakan kertas ulasan Kebenaran Merancang Sistem Pengurusan Air Hujan bagi projek berskala besar, sederhana dan kecil kepada Jabatan Kawalan dan Pengawasan Bangunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima daripada OSC.

  5. Memproses dan memperakukan Pelan Sistem Pengurusan Air Hujan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

  6. Menyediakan Pelan Ukur Kejuruteraan untuk kawasan tapak dalam tempoh 10 hari bagi kawasan pengukuran seluas 0.5 hektar dan tambahan 10 hari lagi bagi setiap 0.5 hektar berikutnya.

  7. Menyediakan Pelan Ukur Kejuruteraan untuk kawasan jalan dan sungai dalam tempoh 15 hari bagi kawasan pengukuran seluas 0.5 hektar pertama dan tambahan 15 hari lagi bagi setiap 0.5 hektar berikutnya.

  8. Menyediakan Pelan Pengambilan Tanah dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap.

 

Dikemaskini pada: 6.2.2017