Sunday, 7th June 2020 [ 6:09:28 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Piagam Pelanggan

1.

Mengesahkan pendaftaran kontraktor yang mengemukakan dokumen lengkap melalui sistem e-perolehan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

2.

Memaparkan senarai petender yang berjaya di laman web DBKL dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas Mesyuarat Sebut Harga/ Lembaga Perolehan bersidang.

3.

Mengeluarkan keputusan untuk penggunaan dan penyewaan kemudahan Dataran Merdeka, Dataran DBKL dan Auditorium DBKL dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kelulusan Pengurusan Tertinggi.

4.

Mengeluarkan keputusan untuk penggunaan dan penyewaan kemudahan Dewan Megapuri, Bilik Gerakan, Bilik Biru dan Bilik Mesyuarat Utama dalam tempoh tiga (3) hari tarikh kelulusan diterima.

5.

Mengemaskini Rekod Pengurusan Sistem e-Aset dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima daripada Jabatan.

6.

Memproses permohonan lengkap :

  • Kelulusan bil telefon bimbit atas urusan rasmi dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  • Tuntutan pembelian telefon bimbit atas urusan rasmi dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  • Kad akses yang hilang dan rosak dalam tempoh satu (1) jam

 

Tarikh Kemaskini : 20 Februari 2020