Perkhidmatan Kami COB
Objektif
Memastikan pemilik, pemaju, JMB dan MC melaksanakan dan menguatkuasakan segala peruntukan Akta 757 yang mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 2015.
Fungsi
- Memantau pemfailan dan membuat semakan terhadap Jadual Petak dan unit syer yang diumpukkan bagi kawasan pemajuan baru / lama (jika berkenaan) oleh pihak Pemaju / JMB.
- Memantau penubuhan JMB kali pertama melalui pemfailan notis mengenai niat pemaju menyerahkan milikan kosong.
- Memantau penubuhan MC kali pertama setelah tamat tempoh permulaan iaitu sekurang-kurangnya satu perempat daripada unit syer agregrat telah dipindah milik.
- Memberi khidmat nasihat dan memantau perjalanan sesuatu mesyuarat agung selanjutnya yang diadakan oleh JMB/ MC.
- Memberikan khidmat nasihat mengenai permasalahan undang-undang / akaun / teknikal / pengurusan / penyenggaraan yang melibatkan Pemaju / JMB / MC dan bertindak sebagai ‘mediator’ sekiranya perlu.
- Memantau pemfailan akaun teraudit yang diperakui benar oleh Pemaju / JMB / MC.
- Memantau aduan teknikal / kerosakan yang melibatkan Pemaju / JMB / MC / pembeli / pemilik.
- Membuat lantikan dan memantau ejen pengurusan oleh COB.
- Melaksanakan tindakan penguatkuasaan.
- Memproses permohonan bersumpah untuk waran penahan oleh Pemaju / JMB / MC.
- Membuat semakan Undang-Undang Kecil Tambahan yang difailkan oleh Pemaju / JMB / MC.
- Mengemaskini daftar harta yang melibatkan JMB / MC.
- Melaksanakan latihan, program dan aktiviti yang melibatkan COB / JMB / MC / pembeli / pemilik.
- Menyediakan garis panduan / Standard Operation Procedure (SOP) kepada JMB / MC / pembeli / pemilik.
- Menyediakan perkhidmatan carian data JMB / MC (*tertakluk kepada kelulusan Ketua / Timbalan Ketua Bahagian COB). Setiap carian berkenaan akan dikenakan fee carian berdasarkan bilangan data seperti berikut:
Bil. | Bilangan Data Yang Dipohon | Jumlah Caj / Data |
1. | 1 - 50 | RM 5.00 |
2. | 51 - 100 | RM 4.00 |
3. | 101 - 200 | RM 3.00 |
4. | 201 - 400 | RM 2.00 |
5. | 401 - 700 | RM 1.00 |
6. | 701 - 1,000 | RM 0.70 |
7. | .> 1,000 | RM 0.50 |