Ahad, 22 April 2018 [ 6:54:38 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan permohonan cadangan pembangunan yang diterima di Urus Setia Pusat Setempat diproses tidak melebihi dari tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengikut jenis permohonan seperti berikut :

     

     

    Jenis Permohonan

    Tidak melibatkan proses pelawaan bantahan Kaedah 5

    Melibatkan proses pelawaan bantahan Kaedah 5

    a.

    Permohonan 4 serentak

    111 hari

    139 hari

    b.

    Permohonan 3 serentak (yang melibatkan perihal tanah)

    111 hari

    139 hari

    c.

    Permohonan 3 serentak (yang tidak melibatkan perihal tanah)

    80 hari

    108 hari

    d.

    Permohonan 2 serentak (yang melibatkan perihal tanah)

    108 hari

    139 hari

    e.

    Permohonan 2 serentak (yang tidak melibatkan perihal tanah)

    80 hari

    108 hari

    f.

    Kelulusan Kebenaran Perancangan

    60 hari

    108 hari

     

  2. Pengeluaran kelulusan pelan pembangunan landskap/penebangan pokok dalam tempoh 57 hari daripada tarikh permohonan diterima.

  3. Mengeluarkan perakuan ke atas permohonan tanah kerajaan kepada Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) Kuala Lumpur dalam tempoh 30 hari dari tarikh terima surat daripada PTGWP.

  4. Memastikan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan perancangan yang di kesan dilaksanakan seperti berikut :

    1. Notis penguatkuasaan disampaikan kepada Orang Kena Notis (OKN) dalam tempoh 10 hari dari tarikh kesalahan dikesan.

    2. Tindakan perobohan/pindah barang/mahkamah diambil dalam tempoh 60 hari dari tarikh memperolehi keputusan Datuk Bandar.

    3. Menyiapkan kertas aduan untuk dikemukakan kepada Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan untuk dibawa ke mahkamah dalam tempoh 30 hari.

  5. Memastikan maklum balas siasatan ke atas aduan awam berkaitan Kawalan Perancangan diambil tindakan awalan tidak melebihi 3 hari bekerja.

  6. Menghasilkan garis panduan perancangan Pelan Susunatur dalam tempoh 6 minggu dari tarikh arahan diterima.

  7. Mengurus dan menyelaras mesyuarat Task Force dan Joint Development Committee (JDC) Greater KL/KV peringkat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) satu (1) kali setiap bulan.

  8. Menyediakan Ulasan Penilaian Perancangan bagi permohonan perancangan (projek berskala besar, sederhana dan kecil) dalam tempoh 7 hari (kalendar).

  9. Mengeluarkan data perancangan tidak terperingkat dalam tempoh 1 minggu dari tarikh permohonan diterima.

  10. Mengeluarkan perakuan bertulis ke atas permohonan projek LA21 KL dalam tempoh 14 hari (kalender) dari tarikh permohonan diterima.