Rabu, 21 November 2018 [ 4:45:02 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Profil Jabatan

Penstrukturan baru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2015 telah menggabungkan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran dengan Jabatan Pengangkutan Bandar. Jabatan baharu ini dinamakan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar (JKPB).

 

OBJEKTIF

  • Merekabentuk dan membina infrastruktur jalan, saliran dan tempat letak kereta yang lengkap dan sempurna.
  • Mengurus sistem lalulintas dan menyediakan informasi trafik yang tepat dan terkini kepada pengguna jalan raya.
  • Menyenggara rangkaian jalan, jambatan, jejambat, jejantas, tempat letak kereta, terminal bas dan lampu isyarat yang efisien, selamat dan selesa kepada pengguna jalan raya.
  • Menyenggara dan memelihara kapasiti sistem perparitan, sungai, kolam takungan banjir dan perangkap kelodak supaya berfungsi dengan baik bagi mengurangkan risiko banjir.
  • Mengawal selia serta membaikpulih cerun dalam rezab jalan bagi menjamin kestabilan cerun dan keselamatan pengguna jalan raya.

 

MISI

Menjadikan infrastruktur jalan, sistem saliran dan sistem pengurusan lalulintas   di Kuala Lumpur lebih efisien untuk keselesaan warga kota.

 

VISI

Mewujudkan   infrastruktur jalan, sistem saliran dan sistem pengurusan lalulintas   di Kuala Lumpur yang efisien setaraf dengan bandaraya utama di dunia.

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

  • Mengurus hal ehwal pentadbiran dan Sumber Manusia.
  • Mengurus kemajuan kerjaya perkhidmatan Pegawai dan kakitangan.
  • Mengurus penilian prestasi dan tatatertib.
  • Mengurus latihan kursus, seminar, aktiviti sosial dan kebajikan kakitangan.
  • Mengurus penempatan latihan praktikal dari IPTA/IPTS.
  • Menguruskan penerimaan dan pengeluaran surat-surat Jabatan.
  • Menguruskan pelbagai Cuti Pegawai dan Kakitangan
  • Menguruskan rekod-rekod Jabatan
  • Mengurus ICT jabatan.
  • Menyelenggara Infrastruktur, perkakasan, perisian sistem komputer.
  • Mengurus dan menyelaras hal ehwal KIK jabatan.
  • Menyelaras dan memantau ISO 9001:2015 Jabatan.
  • Menyelaraskan EKSA Jabatan
  • Menyediakan laporan Keutuhan dan Karenah Birokrasi.
  • Menyelaraskan Pencapaian KPI Jabatan
  • Menyelaraskan Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan.
  • Melaksanakan dan menyediakan laporan e-PBT jabatan.
  • Mengurus hal ehwal aset inventori jabatan.
  • Menyediakan bajet tahunan.
  • Merancang, mengurus dan mengawal perbelanjaan bagi Bajet Mengurus dan Pembangunan
  • Mengurus penyediaan dokumen tender, kontrak, sebutharga, pembelian dan pemulangan bon/cagaran
  • Menguruskan Sijil -sijil Bayaran
  • Menguruskan bil-bil utiliti untuk pembayaran.
  • Penyediaan laporan tahunan jabatan.
  • Menyelaras Kenderaan Jabatan.
  • Hal Ehwal Keselamatan Jabatan.

 

 

FUNGSI BAHAGIAN KEJURUTERAAN AWAM

 

Unit Rekabentuk Infrastruktur Jalan Dan Permit

  • Mengenal pasti lokasi / keperluan projek
  • Menyediakan laporan penilaian perunding untuk dibentang kepada Jawatankuasa Penilaian Perunding peringkat Jabatan
  • Menyediakan Dokumen Perjanjian perunding. Deraf Dokumen Perjanjian perlu disemak oleh Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan
  • Memantau kemajuan kerja-kerja rekabentuk yang dilaksanakan oleh perunding dan menyediakan sijil bayaran kepada perunding mengikut kemajuan
  • Membuat ulasan terhadap rekabentuk yang disediakan dan mengemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) untuk kelulusan
  • Menyediakan dan mengemukakan Dokumen Tender kepada JP, BPP untuk panggilan tender. Deraf Dokumen Tender perlu disemak oleh Jabatan Ukur Bahan. Sekiranya projek dilaksanakan sehingga peringkat rekabentuk sahaja, peringkat seterusnya diserahkan kepada Bahagian Projek
  • Membuat ulasan terhadap rekabentuk yang disediakan dan mengemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) untuk kelulusan.
  • Memproses permohonan permit korekan jalan oleh syarikat/ agensi utiliti seperti TNB. Telekom, IWK dan SYABAS.
  • Menyelaraskan kerja korekan jalan dan laluan siarkaki di WPKL oleh agensi-agensi utiliti dan pihak swasta.
  • Memproses tuntutan kos gantirugi dan membaikpulih lubang gali.
  • Menyelaras kerja-kerja membaikpulih lubang gali oleh agensi utiliti.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan longkang, jalan, perabot jalan, penandaan jalan dan lain-lain kerja berskala kecil oleh tenaga jabatan.
  • Membuat pemeriksaan berkala dan menyediakan laporan terhadap kerosakan-kerosakan longkang, jalan, perabot jalan, penandaan jalan dan lain-lain kerja berskala kecil oleh tenaga jabatan.
  • Melaksanakan kerja-kerja segera berskala kecil dan bantuan awal kecemasan terhadap insiden-insiden seperti tanah runtuh, tanah jerlus, paip pecah dan sebagainya dari masa ke semasa.
  • Melaksanakan undang-undang kecil angkut bahan bagi aktiviti angkut bahan selain daripada projek pembangunan yang mempunyai perintah pembangunan.

 

Unit Penyelarasan dan Aduan Awam

  • Membuat program pembaikan / penyelenggaraan berjadual untuk infrastruktur jalan mengikut bajet.
  • Menyelenggara rangkaian jalan-jalan awam.
  • Menyelenggara longkang-longkang tepi jalan.
  • Menyelenggara lorong-lorong belakang/ sisi.
  • Penyelenggaraan pagar keselamatan pejalan kaki/ jalanraya/ terowong.
  • Penyelenggaraan tembok penahan dalam rezab jalan.
  • Penyelenggaraan papan tanda jalan awam.
  • Mengemaskini buku senarai pengisytiharaan jalan dan menemukakan Borang MARRIS kepada Kementerian Kewangan bagi tujuan mendapat ‘grant’.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan longkang, jalan, perabot jalan, penandaan jalan dan lain-lain kerja berskala kecil oleh tenaga jabatan.
  • Membuat pemeriksaan berkala dan menyediakan laporan terhadap kerosakan-kerosakan longkang, jalan, perabot jalan, penandaan jalan dan lain-lain kerja berskala kecil oleh tenaga jabatan.
  • Melaksanakan kerja-kerja segera berskala kecil dan bantuan awal kecemasan terhadap insiden-insiden seperti tanah runtuh, tanah jerlus, paip pecah dan sebagainya dari masa ke semasa.
  • Mengurus aduan Awam (melalui sistem I-SPAAA, Surat, telefon, Facebook dll).

 

Unit Projek Dan Pembinaan Jalan

Mengurus Pembinaan Projek-Projek:

  • Mengurus pembinaan projek-projek jalan, jambatan, jejambat, terowong, jejantas & persimpangan bertingkat.
  • Menyelaras penyediaan dokumen kontrak, perakuan lanjutan masa, perakuan kerja tidak siap, lanjutan masa, perubahan arahan kerja dan pelarasan harga kontrak.
  • Mengurus dan menyelia tapak pembinaan.
  • Menyediakan dokumen-dokumen pembayaran kepada kontraktor
  • Penyelarasan bersama juruperunding dan agensi utiliti berkaitan
  • Mengaturkan mesyuarat koordinasi bersama pihak kontraktor, juruperunding dan agensi berkaitan.
  • Menyediakan laporan kemajuan kerja bulanan.
  • Menjalankan kajian impak dan outcome projek.

 

Unit Cerun dan Penyelenggaraan Jambatan

  • Menyediakan dan mengemaskini inventori cerun di rezab jalan dan kawasan hijau di bawah kawalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, termasuk pengkalan data ciri-ciri geologi dan geoteknikal cerun.
  • Menjalankan penyiasatan forensik untuk insiden cerun runtuh di rezab jalan dan di kawasan kawalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
  • Menjalankan pemeriksaan berkala untuk cerun dan mengesyorkan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala.
  • Melaksanakan kerja-kerja baikpulih cerun runtuh di rezab jalan dan kawasan cerun di bawah DBKL.
  • Berurusan dengan pakar geoteknikal dari agensi lain dan pemilik-pemilik tanah yang terlibat dengan insiden cerun runtuh skala besar di Kuala Lumpur mengenai kerja baikpulih jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang.
  • Menjalankan kajian untuk kawasan tanah sensitif alam sekitar milik DBKL yang bermasalah dan melaksanakan kerja penstabilan dan baikpulih.
  • Menjalankan pemeriksaan cerun dalam rezab jalan atau kawasan milik DBKL yang diserahkan untuk tujuan pengambilalihan penyelenggaraan.
  • Merancang dan melaksanakan kerja cerun tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)
  • Mengawal dan mengemaskini sistem pengurusan jambatan.
  • Menyediakan program pemeriksaan berkala ke atas jambatan, jejantas dan terowong pejalan kaki.
  • Membuat pemeriksaan berkala terhadap jambatan, jejambat, jejantas dan terowong kenderaan.
  • Mengambil alih jambatan, jejambat, jejantas dan terowong setelah siap dibina dan memeriksa inventori.
  • Menyelenggara dan membaikpulih jambatan, jejambat, jejantas, terowong pejalan kaki dan terowong kenderaan.
  • Menyediakan dan meningkatkan aspek keselamatan terhadap jambatan, jejambat, jejantas, terowong pejalan kaki dan terowong kenderaan.

 

FUNGSI BAHAGIAN SALIRAN

Unit Penyelenggaraan Sungai Dan Kualiti Air

Menjalankan kerja Pengurusan Sungai dengan melaksanakan rancangan dan aktiviti berikut :

  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bagi memelihara kebersihan, memelihara estetik, memelihara kapasiti hidraulik sungai untuk mengurangkan risiko banjir.

i -  Sungai

     a) Kutipan sampah

     b) Pembersihan Kelodak

     c) Pembaikan Tebing

ii - Kolam Takungan Banjir

     a) Pembersihan Kolam

     b) Pembinaan Kecil

iii - Kerja-kerja kecemasan selepas hujan.

 

  • Membuat penyelarasan dengan agensi-agensi yang berkaitan dengan sungai seperti JPS, JAS, Pejabat Tanah, Kerajaan Negeri Selangor dan lain-lain.
  • Melaksanakan kerja-kerja untuk mengawal kualiti air kolam takungan banjir dan tasik supaya terjamin.
  • Merancang dan melaksanakan kajian sumber air bawah tanah sebagai sumber alternatif.
  • Merancang dan melaksanakan program 'waste water treatment plant' di bawah projek 'River of Life'.

 

Unit Parit Induk

Menjalankan kerja Pengurusan Saliran Bandar dengan melaksanakan rancangan dan aktiviti berikut :

  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bagi memelihara kebersihan, astetik, kapasiti hidraulik parit utama untuk mengurangkan risiko banjir.
  • Melaksanakan program penyelenggaraan sistem saliran seperti berikut :

a) Pembersihan kelodak, semak samun dan sampah.

b) Pembaikan parit induk

c) Pembinaan kecil sistem saliran bandar.

  • Mengurus Aduan berkaitan saliran bandar
  • Melaksanakan kerja-kerja kecemasan selepas hujan.
  • Menyenggara parit induk dan longkang tepi jalan.

 

Unit Tebatan Banjir

  • Merancang, melaksanakan dan menyelenggara sistem saliran utama bagi tebatan banjir dan mengatasi masalah banjir kilat.
  • Melaksanakan secara strategik Cadangan Pelan Induk Saliran Bandar dan Pengurusan Air Hujan Kuala Lumpur.
  • Menguruskan projek-projek tebatan banjir menggunakan kaedah berstruktur dan tidak berstruktur.
  • Membina dan menaiktaraf kapasiti sungai-sungai kecil.
  • Membina kolam takungan banjir dan rumah pam.
  • Menguruskan sistem amaran banjir termasuk papan tanda elektronik dan sistem siren.

 

FUNGSI BAHAGIAN PENGANGKUTAN BANDAR

 

Unit Pengangkutan Awam

  • Merancang dan melaksanakan inisiatif pengurusan lalu lintas bagi memastikan aliran lalu lintas lancar, selamat serta kos/masa perjalanan yang wajar.
  • Mengkaji dan melaksanakan skim aliran lalu lintas sesebuah kawasan untuk meningkatkan kelancaran.
  • Mengkaji dan melaksanakan penyediaan tempat-tempat punggah-memunggah barangan di kawasan komersial.
  • Pemudahcara projek Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
  • Mengurus dan mengoperasi Terminal Bas/Teksi.
  • Menyemak dan memproses permohonan surat sokongan untuk mengeluarkan permit LPKP bagi kenderaan perdagangan.
  • Mengkaji dan menyediakan laluan khas bas dan teksi.
  • Memproses permohonan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan pembangunan baru.
  • Menyelaras/mengawalselia hal-hal perkhidmatan pengangkutan awam dengan agensi berkaitan.
  • Mengurus dan menyelaras projek-projek Sistem Transit Rel dan Terminal Bersepadu bersama-sama agensi kerajaan.
  • Mengkaji sistem pengangkutan awam baharu seperti TRAM, BRT, basikal, kereta elektrik dan sebagainya.
  • Program kempen menggalakkan penggunaan kemudahan pengangkutan awam.

 

Unit Pengurusan & Kawalan Lalulintas

  • Melaksanakan undang-undang kecil larangan kenderaan berat memasuki pusat bandar pada waktu puncak.
  • Membangun dan menguruskan Sistem Maklumat Keselamatan Jalan Raya.
  • Mengurus dan memproses permohonan bagi aktiviti Majlis Keselamatan Jalan Raya.
  • Mengurus dan melantik perkhidmatan pengawal lalu lintas [warden trafik] di sekolah-sekolah.
  • Melaksana Skim Redaan Trafik (Traffic Calming Scheme) bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya.
  • Menyelaras aktiviti mengaudit keselamatan jalan raya bersama-sama agensi seperti MIROS, JKR, JKJR dan agensi-agensi lain.
  • Menyemak, mengaudit dan mengeluarkan kelulusan pelan-pelan keselamatan jalan raya.
  • Memasang dan menyelenggara peralatan-peralatan keselamatan jalan raya seperti flexi pole, tiger eyes, bollard, delineator dsb.
  • Melaksanakan kajian keselamatan ke atas lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalangan.
  • Melaksanakan garis panduan Skim Kawalan Kejiranan (Guarded Neighbourhood) yang dikeluarkan oleh KPKT.
  • Memproses permohonan permit berkaitan promosi dan penggambaran.
  • Memproses dan mengeluarkan kelulusan permohonan pelan pengurusan lalu lintas.
  • Merancang, mengkaji dan melaksanakan pemasangan papan tanda tunjuk arah, lalu lintas dan makluman.
  • Memproses dan mengeluarkan kelulusan permohonan pemasangan papan tanda.
  • Membantu pihak berkaitan dalam mengurus dan mengoperasi acara-acara rasmi, perhimpunan dan acara yang melibatkan penutupan jalan.
  • Mengurus dan memproses permohonan skim lalu lintas bagi pembangunan baru.

 

Unit Pembinaan Dan Penyelenggaraan

  • Mengurus pembinaan projek-projek.
  • Mengurus pembinaan, menyelenggara dan membaikpulih ruang menunggu teksi, bas awam, bas-bas sekolah, kemudahan pejalan kaki ke stesen transit, ruang berteduh motorsikal, tempat letak motorsikal dan kereta, Park and Ride di stesen transit, tempat letak kereta bertingkat awam, kemudahan integrasi sistem LRT (Pedestrian Plaza, Pedestrian Linkage), hentian akhir bandar untuk bas-bas awam, sistem tempat letak kereta di kawasan komersial dan laluan sikal.
  • Menyelaras penyediaan dokumen kontrak, perakuan lanjutan masa, perakuan kerja tidak siap, lanjutan masa, perubahan arahan kerja dan pelarasan harga kontrak.
  • Mengurus dan menyelia tapak pembinaan.
  • Menyediakan dokumen-dokumen pembayaran kepada kontraktor.
  • Penyelarasan bersama-sama juruperunding dan agensi utiliti berkaitan.
  • Mengatur mesyuarat koordinasi bersama-sama pihak kontraktor, juruperunding dan agensi berkaitan.
  • Menyediakan laporan kemajuan kerja bulanan.
  • Menjalankan kajian impak dan outcome projek.
  • Menyediakan program pemeriksaan berkala ke atas kemudahan pengangkutan awam.
  • Mengambilalih prasarana kemudahan pengangkutan awam setelah siap dibina dan memeriksa inventori.
  • Melaksanakan projek kecil bandar selamat.

 

FUNGSI ITIS

 

Unit Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS)

  • Pengumpulan data maklumat lalu lintas.
  • Menganalisa data maklumat lalu lintas.
  • Melaksanakan kajian lalu lintas.
  • Memantau, memproses serta menyebarkan maklumat keadaan semasa lalu lintas kepada pengguna jalan raya.
  • Mengenalpasti lokasi-lokasi hot spot, banjir kilat, kemalangan dan kesesakan.
  • Mengoperasikan kerja-kerja bantuan awal untuk insiden yang menyebabkan kesesakan.
  • Mengurus dan mengoperasi pusat panggilan dan aduan awam.
  • Mengurus rekod-rekod rakaman CCTV untuk tujuan berkaitan dengan keselamatan dan jenayah.
  • Melaksanakan inisiatif Blue Ocean Strategies bersama-sama agensi berkaitan seperti PDRM, LLM, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, stesen radio dan lain-lain.
  • Membuat kajian serta pemasangan Sistem Lampu Isyarat di persimpangan yang wajar.
  • Penyemakan dan kelulusan pelan cadangan Sistem Lampu Isyarat di persimpangan bagi pembangunan baru, pembinaan jalan raya baru dan menaiktaraf jalan sedia ada.
  • Menyediakan perancangan dan mewujudkan trafik model Kuala Lumpur.
  • Mengurus dan menyelenggara peralatan-peralatan luar iaitu kamera litar tertutup (CCTV), Variable Message Sign (VMS), Automatic Incident Detection (AID) dan Communication Cabinet (CC).
  • Mengurus dan mengendalikan/memantau kerja-kerja pihak ketiga yang berkaitan dengan peralatan luar.
  • Mengurus, mengoperasi dan menyelenggara perkakasan dan perisian sistem yang digunakan di Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu seperti Advanced Traffic Management System (ATMS), Advanced Traffic Information System (ATIS), meliputi sistem laman web, video streaming, SMS Getwaydan 3G Webcam.
  • Menguruskan pelawat dan pengunjung ke Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu.
  • Merancang dan meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat trafik menggunakan teknologi terkini.
  • Pemasangan Sistem Lampu Isyarat Pejalan Kaki.
  • Melaksanakan kerja-kerja menghubungkan lampu isyarat pelbagai sistem dengan bilik kawalan.
  • Pemasangan sistem CCTV untuk pemantauan trafik dan pencegahan jenayah.
  • Pengurusan dan bayaran bil-bil komunikasi serta sewaan alat-alat pemantauan lalu lintas.
  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pemasangan sistem penguatkuasaan berasaskan elektronik melalui sistem terkini.
  • Merancang dan melaksanakan sistem Parking Guidance Information System (PGIS).
  • Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak (Task Force).