Isnin, 16 Januari 2017 [ 10:58:41 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Profil Jabatan

PENGENALAN

Pejabat Cawangan (PC) DBKL mula diwujudkan tubuhkan pada tahun 1975 dengan penubuhan Pejabat Kecil Jinjang di Kepong.

 

Pada tahun 1982, Pejabat Cawangan terus berkembang dengan pembukaan 5 buah Pejabat Cawangan iaitu PC Jinjang, PC Setapak, PC Cheras, PC Jalan Kelang Lama dan PC Damansara.

 

Pada tahun 2001, 2 buah lagi Pejabat Cawangan telah dibuka iaitu PC Sri Petaling dan PC Pusat Bandar.

 

Pada tahun 2004, pihak Pentadbiran DBKL telah menyusun semula kedudukan Pejabat-Pejabat Cawangan berdasarkan 11 kawasan Parlimen di WP Kuala Lumpur serta penukaran nama PC mengikut kawasan Parlimen iaitu :

  1. Pejabat Cawangan Batu
  2. Pejabat Cawangan Wangsa Maju
  3. Pejabat Cawangan Kepong
  4. Pejabat Cawangan Segambut
  5. Pejabat Cawangan Titiwangsa
  6. Pejabat Cawangan Bukit Bintang
  7. Pejabat Cawangan Lembah Pantai
  8. Pejabat Cawangan Cheras
  9. Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak
  10. Pejabat Cawangan Seputeh
  11. Pejabat Cawangan Setiawangsa

 

Pada 3 Ogos 2015, Jabatan Perkhidmatan Kawasan diwujudkan. Kesemua 11 Pejabat Cawangan ditempatkan di bawah tadbir urus Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kawasan.

TUJUAN PENUBUHAN

Memberikan perkhidmatan secara langsung kepada para penduduk setempat

VISI

Ke arah pengurusan kawasan yang lebih cemerlang dan unggul.

MISI

Menjadikan pentadbiran kawasan yang lebih produktif dan berkualiti.