Thursday, 2nd October 2014 [ 10:18:32am ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

10,000 Peserta Memeriahkan KL Hari Bebas Kenderaan

on . Posted in News

KL Hari Bebas Kenderaan Siri 5 KL Hari Bebas Kenderaan Siri 5

Lebih 10,000 peserta telah hadir memeriahkan program KL Hari Bebas Kenderaan Siri 5 yang diadakan di KLCC pada 4 Mei 2014. Pelbagai lapisan masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) telah bersama-sama memeriahkan program yang masuk siri 5 pada kali ini.

 

Kehadiran Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia memeriahkan lagi program tersebut yang bermula pukul 7 pagi. Program ini juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Yang Berhormat Datuk Dr. Loga Bala Mohan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Yang Berbahagia Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal Bin Hj. Talib.

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur berkata, “DBKL sedia menimbang menganjurkan program ini dua kali sebulan berikutan perkembangan positif sambutan orang ramai sehingga memperlihatkan pertambahan jumlah peserta berbanding edisi awal”. Pelbagai acara lain turut diadakan termasuk pemeriksaan kesihatan, persembahan kebudayaan dan kesenian dan sebagainya.