Ahad, 28 Mei 2017 [ 6:24:14 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Permit Pengurusan Lalulintas

Permohonan Permit Pengurusan Lalulintas Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Pengangkutan Bandar

Setiap pihak yang ingin menjalankan aktiviti yang mengakibatkan gangguan aliran lalulintas, atau penutupan jalan perlu memohon permit dan kelulusan dari pihak DBKL.

 

Ini adalah bertujuan untuk mengawal dan memantau aktiviti tersebut disamping memastikan keselamatan pengguna jalanraya. 

 

Beberapa permit dan pelan pengurusan yang terlibat adalah :

 

  1. Permit Pergerakan Kenderaan Berat – permit lori angkut bahan dan permit laluan waktu terhad
  2. Pelan Pengurusan Lalulintas – kerja-kerja penggorekan/penggalian jalan
  3. Permit Penutupan Sementara Jalan Awam (tidak melebihi 3 hari)

 

Aktiviti-akitiviti yang memerlukan Permit Penutupan Sementara

 

Seringkala sesetengah upacara memerlukan ruang diatas jalanraya untuk mendirikan khemah-khemah dan pentas-pentas untuk memeriahkan upacara tersebut.
Oleh itu pihak –pihak yang terbabit perlu memohon Permit Penutupan Sementara yang tidak melebih 3 hari bagi aktiviti-akitiviti berikut :

 

  1. Acara-acara yang dianjurkan oleh Kementerian, agensi-agensi kerajaan atau syarikat-syarikat swasta
  2. Promosi-promosi barangan di kawasan-kawasan komersial Taman Perumahan
  3. Majlis-majlis yang berskala kecil seperti Hari Keluarga, perkahwinan, kematian