Khamis, 23 November 2017 [ 7:19:39 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Objektif Dan Fungsi

 

Objektif

Memastikan dan mempercepatkan pelaksanaan pencapaian status bandar raya bertaraf dunia yang unggul dan cemerlang.

 

Dasar Kualiti

Menyediakan dan mempertingkatkan perkhidmatan yang efisyen, mesra dan telus, selari dengan kemajuan dan pembangunan kakitangan.

 

Slogan

BERSEDIA MENYUMBANG, BANDAR RAYA CEMERLANG

 

Fungsi

1. Memberi perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sampah.
2. Memberi perkhidmatan kesihatan awam dan mengawal pencemaran.
3. Mengurus pengindahan bandar.
4. Membina dan menyelenggara jalan, mengadakan prasarana pengangkutan serta mengurus sistem lalulintas.
5. Membina dan menyelenggara sistem perparitan dan sungai.
6. Merancang dan mengawal pembangunan bandar.
7. Membina dan mengurus perumahan awam.
8. Pengurusan, pengawalan dan penempatan semula setinggan.
9. Mengurus dan mengawal hal ehwal penjaja dan peniaga kecil.
10. Mengeluar dan mengawal lesen perniagaan.
11. Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan, kebudayaan dan pelancongan.
12. Menyediakan, mengurus dan menyenggara kemudahan awam (stadium, kompleks sukan/pusat komuniti, masjid/surau, taman rekreasi, pasar, pusat penjaja, perpustakaan, tandas awam, perhentian bas/teksi, tanah perkuburan dan krematorium).