Ahad, 26 Mei 2019 [ 6:14:15 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Soalan Lazim

SOALAN LAZIM BERKAITAN UNIT PERMIT KOREKAN DI ATAS REZAB JALAN

1.

Apakah yang dimaksudkan permit korekan rezab jalan?

  Permit korekan jalan ialah kelulusan atau suatu arahan bertulis oleh Datuk Bandar yang dikeluarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar bagi melakukan kerja-kerja gali lurang utiliti kepada agensi utiliti seperti TNB, SYABAS, IWK, Telekom, syarikat telco dan lain-lain lagi.

2.

Bagaimanakah prosedur membuat permohonan permit korekan di dalam rezab jalan?

  Prosedur permohonan bagi mendapatkan permit korekan di atas rezab jalan boleh dimuatnaik melalui portal rasmi DBKL pada ruangan media DBKL > Muat Turun > e-Borang > Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar > Kejuruteraan Awam.

3.

Berapa lama setiap permohonan permit korekan jalan diproses?

 

Proses permohonan bagi mendapatkan permit korekan di atas rezab jalan adalah 7 hari bekerja. Proses permohonan yang dimaksudkan adalah dari penerimaan permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat permohonan sehingga di bawa ke mesyuarat jawatankuasa task force.