Thursday, 30th January 2020 [ 2:15:58 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Tanah Perkuburan Tidak Diurus Selia DBKL

tanah kubur tidak diselia DBKL 02tanah kubur tidak diselia DBKL 01

 

Kami merujuk kepada artikel tersebut bertarikh 29 Julai 2016 dan ingin memaklumkan mengenainya.

 

Dimaklumkan bahawa bidang kuasa DBKL hanyalah ke atas kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan secara berkala menerusi kontraktor DBKL yang dilantik. Manakala pengurusan tanah perkuburan tersebut adalah di bawah kariah Masjid Abdul Rahman Bin Auf Bt 5 1/2 Jalan Puchong. DBKL telah mengarahkan kontraktor untuk memotong rumput dan membersihkan sampah longgok pada 27hb Julai 2016.

 

Hasil pemantauan dan pemerhatian DBKL mendapati punca berlakunya semak samun di dalam kawasan tanah perkuburan tersebut adalah kerana terdapat tanaman kebun seperti pokok pisang, tebu, serai dan ubi yang ditanam di dalam kawasan tanah perkuburan tetapi tidak disenggara dan dijaga dengan baik.

 

Perbincangan secara bersemuka telah diadakan bersama wakil JAWI, pada 28 Julai 2016 dan DBKL telah meminta bantuan pihak JAWI untuk mengarahkan kariah masjid berkenaan untuk membersihkan kebun tersebut.

 

Unit Media
Jabatan Perancangan Korporat
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur