Rabu, 18 September 2019 [ 2:30:12 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Jalur Gemilang

Soalan: Saya melihat ada segelintir pihak bersikap acuh tidak acuh tidak mengibarkan Jalur Gemilang di premis bangunan atau kawasan perumahan di ibu kota, sedangkan kita akan menyambut Hari Kemerdekaan dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.

 

Jawapan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memasang sebanyak 50,000 Jalur Gemilang di sekitar ibu negara bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Jumlah tersebut membabitkan pemasangan di sekitar pusat bandar, jalan protokol, kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA). DBKL menggalakkan orang ramai dan semua bangunan sektor swasta turut menyokong usaha kerajaan memperindahkan pusat bandar dengan memasang Jalur Gemilang.

 

Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz

Datuk Bandar Kuala Lumpur