Ahad, 22 September 2019 [ 3:02:53 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Atasi Lambakan Peniaga Asing

Kami merujuk kepada surat daripada Raduan Tambi, Putrajaya bertarikh 26 Ogos 2016 dan ingin memaklumkan mengenainya.

 

DBKL tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen penjaja kepada mana-mana warga asing di gerai-gerai milik DBKL yang terletak di seluruh Kuala Lumpur. Sebaliknya hasil siasatan oleh DBKL mendapati kebanyakan pelesen-pelesen warga tempatan ini telah melantik pekerja untuk membantu mereka menjalankan perniagaan tanpa kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

 

Mereka ini akan berhadapan dengan tindakan penguatkuasaan termasuk pembatalan lesen sekiranya gagal mematuhi arahan pembatalan oleh DBKL. Sementara itu, DBKL akan terus serta merta melaksanakan tindakan sita terhadap mana-mana gerai yang yang didapati diusahakan sendiri oleh warga asing.

 

Bagi perniagaan oleh syarikat warga asing di premis-premis persendirian, DBKL tiada halangan untuk melesenkan mereka dengan syarat syarikat hendaklah sah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selain itu, pelantikan pekerja warga asing di premis ini tertakluk kepada peraturan Jabatan Imigresen Malaysia.

 

Operasi secara bersepadu bersama agensi-agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, PDRM, UNHCR termasuk SPRM giat dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Manakala tindakan secara rutin dilaksanakan setiap hari oleh anggota penguatkuasaan DBKL.

 

DBKL akan terus melaksanakan tindakan terhadap warga asing bagi mencegah penglibatan mereka dalam akticiti penjajaan yang menjadi hak warga tempatan namun DBKL tidak mampu mengawal kebanjiran / kehadiran warganegara asing yang saban hari dilihat semaik bertambah di Kuala Lumpur tanpa kerjasama semua pihak termasuk rakyat negara ini sendiri.

 

 

Sekian.

 

 

 

KHALID BIN ZAKARIA

Pengarah

Jabatan Perancangan Korporat

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur