Ahad, 22 September 2019 [ 3:04:03 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenderaan Masuk KL Tidak Dikenakan Cukai

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan pihaknya bakal melaksanakan sistem caj kesesakan di pusat bandar selepas projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) Line 1 beroperasi kelak.

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Amin Nordin Abdul Aziz berkata, keputusan mengenai pelaksanaan caj tersebut tiada dalam perbincangan dasar DBKL.Beliau berkata demikian bagi mengulas satu laporan akhbar yang mendakwa DBKL sedang memuktamadkan sistem cukai kesesakan di ibu negara.