Ahad, 22 September 2019 [ 3:02:13 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Perkhidmatan Kami

Objektif

Jabatan Kewangan ditubuhkan dengan objektif berikut:-

  1. Memberi nasihat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam hal ehwal kewangan.
  2. Menguruskan kewangan DBKL dengan cara merancang kewangan, mengkaji dan megurus belanjawan, mengawal perbelanjaan dan pembayaran mengikut acara kewangan dan undang - undang.
  3. Mencari punca - punca kewangan dan menguruskan pinjaman, mengawal dan memungut hasil dengan berkesan.
  4. Mengakaunkan hasil transaksi kewangan mengikut prinsip - prinsip perakaunan dan menyediakan penyata kewangan tahunan.
  5. menentukan bahawa harta benda DBKL telah diurus dan dikawal dengan sempurna dan mengadakan perlindungan risiko dengan cara mengambil polisi insurans yang sesuai.
  6. Mengadakan perkhidmatan komputer untuk proses data - data kewangan dan lain - lain data bagi mendapatkan laporan, cek dan dokumen - dokumen yang lebih pantas dan tepat untuk kegunaan semua jabatan.

Fungsi

  1. Menyediakan sistem kewangan yang sistematik selaras dengan akta-akta yang digunapakai aturcara kewangan, peraturan-peraturan kewangan kerajaan dan juga piawaian perakaunan yang diterima umum.
  2. Mengutip hasil-hasil DBKL.
  3. Menyediakan maklumat kewangan untuk kegunaan semua pihak yang berkepentingan.
  4. Menyediakan belanjawan tahunan dengan mengutamakan kemudahan untuk pembayar cukai serta wargakota.
  5. Mengendalikan sistem bayaran yang cekap dan teratur
  6. Menyediakan sistem kawalan dalaman untuk memastikan pentadbiran kewangan selaras dengan akta dan peraturan yang digunapakai oleh DBKL.
  7. Menguruskan skim insurans untuk melindungi harta benda
  8. Menjadi ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Projek-Projek Khas dan Penswastaan oleh DBKL.