Ahad, 25 Ogos 2019 [ 10:06:54 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Piagam Pelanggan

 

  1. Menyediakan bajet tahunan DBKL dan mendapatkan kelulusan Menteri Wilayah Persekutuan sebelum atau pada 31 Disember setiap tahun.

  2. Memberi perkhidmatan kaunter bayaran secara efisyen dengan memastikan waktu menunggu tidak melebihi 30 minit pada waktu puncak dan tidak melebihi 15 minit pada waktu biasa.

  3. Menyediakan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap.

  4. Memastikan penyata kewangan tahunan DBKL disediakan dan dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara selewat-lewatnya pada 30hb April setiap tahun.

  5. Memastikan data-data cukai taksiran dihantar ke vendor yang dilantik untuk proses cetakan dan penghantaran bil cukai taksiran tidak lewat pada 15hb. Januari bagi penggal pertama dan pada 15hb. Julai bagi penggal kedua setiap tahun.

  6. Memastikan tindakan penguatkuasaan kutipan cukai taksiran dilaksanakan mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 ke atas akaun-akaun yang tertunggak.

  7. Menyediakan maklumat-maklumat kewangan status akaun hasil bukan cukai/ terimaan bukan hasil untuk tindakan penguatkuasaan kutipan hasil oleh jabatan pelaksana setiap 3 bulan.

  8. Memastikan semua hasil kutipan di bawah kendalian jabatan dibankkan pada hari yang sama manakala kutipan waktu malam/hari cuti dibankkan pada keesokkan hari bekerja.

  9. Memastikan notis tuntutan oleh pihak ketiga yang lengkap dikemukakan dalam tempoh 7 hari bekerja kepada pihak insurans yang dilantik.

  10. Memastikan akuan penerimaan kepada aduan awam dibuat dalam tempoh 1 hari bekerja dan tindakan susulan diambil dalam tempoh 3 hari bekerja. Maklumbalas seterusnya dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.