Isnin, 20 Februari 2017 [ 7:22:01 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kadar Bayaran Memproses Permohonan Mendirikan Struktur Pemancar Telekomunikasi Di Kawasan Pentadbiran DBKL

Pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memutuskan penetapan kadar bayaran baharu bagi tujuan permohonan baru dan permohonan pembaharuan permit mendirikan struktur pemancar telekomunikasi di kawasan Kuala Lumpur berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017. Kadar bayaran baharu tersebut adalah seperti berikut:

 

i. Permohonan Baru Struktur Pemancar Telekomunikasi Atas Tanah

BIL. PERMOHONAN BARU AMAUN (RM)
 1. Bayaran Permit kepada DBKL 2,900.00 setahun bagi satu tapak
 2. Bayaran Memproses Permohonan 7,100.00 bagi satu tapak

* Bayaran permit dikemukakan selepas permohonan diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Telekomunikasi DBKL

* Muat Turun Borang

 

ii. Permohonan Pembaharuan Permit Struktur Pemancar Telekomunikasi Atas Tanah

BIL. PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT
AMAUN (RM)
 1. Bayaran Permit kepada DBKL 2,900.00 setahun bagi satu tapak
 2. Bayaran Memproses Permohonan Pembaharuan Permit 4,900.00 bagi satu tapak

* Bayaran permit dikemukakan selepas permohonan diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Telekomunikasi DBKL

* Muat Turun Borang

 

iii. Permohonan Baru Struktur Pemancar Telekomunikasi Atas Bumbung

BIL. PERMOHONAN BARU AMAUN (RM)
 1. Bayaran Permit kepada DBKL 2,500.00 setahun bagi satu tapak
 2. Bayaran Memproses Permohonan 5,500.00 bagi satu tapak

* Bayaran permit dikemukakan selepas permohonan diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Telekomunikasi DBKL

* Muat Turun Borang

 

iv. Permohonan Pembaharuan Permit Struktur Pemancar Telekomunikasi Atas Bumbung

BIL. PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT
AMAUN (RM)
 1. Bayaran Permit kepada DBKL 2,500.00 setahun bagi satu tapak
 2. Bayaran Memproses Permohonan Pembaharuan Permit 3,900.00 bagi satu tapak

* Bayaran permit dikemukakan selepas permohonan diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Telekomunikasi DBKL

* Muat Turun Borang

 

Bayaran memproses permohonan yang dikenakan adalah mengikut jumlah tapak yang dipohon dan bayaran berkenaan tidak akan dikembalikan sama ada permohonan diluluskan ataupun ditolak. Selaras dengan pelaksanaan bayaran memproses permohonan baru dan pembaharuan permit, pihak Tuan/Puan dikehendaki menggunakan Borang Permohonan yang telah ditetapkan dan perlu dikemukakan bersama-sama dengan bayaran tersebut kepada alamat seperti berikut :

 

Perunding Jawatankuasa Telekomunikasi DBKL
Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 25, Menara DBKL 1
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

 

Bagi pembaharuan permit struktur pemancar telekomunikasi sedia ada, pihak Tuan/Puan hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan permit tersebut kepada Urusetia Jawatankuasa Telekomunikasi DBKL terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan. Pembaharuan permit hanya akan dikeluarkan selepas mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Telekomunikasi DBKL. Pihak Tuan/Puan juga boleh menghubungi Urusetia Jawatankuasa Telekomunikasi DBKL di talian 03-2617 9108/9113 untuk sebarang pertanyaan dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.