Isnin, 20 Februari 2017 [ 7:22:20 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Sebutharga Bil. 05/2017

Tarikh Iklan Sebutharga : 10 Februari 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementerian Kerja Raya Malaysia (dahulu dikenali sebagai Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

 

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA KELAYAKAN PETENDER TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN SEBUTHARGA DITUTUP HARGA DOKUMENTASI
2017/B033

Perkhidmatan Kerja-Kerja Pembersihan Di Pusat Komuniti Gombak, Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

sahaja),

Kod Bidang Baru

221001 Atau 221002 Atau 221003

Tarikh Sebutharga dibuka

10 Februari 2017

(Jumaat)

Tarikh Sebutharga ditutup

23 Februari 2017

(Khamis)
RM50.00
2017/B034

Perkhidmatan Kerja-Kerja Pembersihan Di Dewan Komuniti Batu Muda, Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

sahaja),

Kod Bidang Baru

221001 Atau 221002 Atau 221003

Tarikh Sebutharga dibuka

10 Februari 2017

(Jumaat)

Tarikh Sebutharga ditutup

23 Februari 2017

(Khamis)
RM50.00

 

  1. Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  2. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), iii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), iv) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU (dahulu dikenali sebagai Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)) dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  3. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Sebutharga Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online. Surat kebenaran khas menyertai sebutharga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  4. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  5. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  6. Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.