Ahad, 30 April 2017 [ 8:57:53 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Arahan Penggunaan Produk Biodegradasi Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan hijau dan bebas pencemaran alam sekitar serta warganya sihat dan sejahtera, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017 pemegang lesen hendaklah menggunakan produk biodegradasi.

Pemegang lesen dilarang menggunakan polisterina dan beg plastik bukan biodegradasi. Datuk Bandar akan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mana-mana pemegang lesen yang enggan atau gagal untuk mematuhi syarat-syarat tersebut dan boleh menyebabkan pemegang lesen dikenakan kompaun sehingga RM1,000.00 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan didenda di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, UUK Pelesenan Pasar (WPKL) 2016, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016. Kerjasama semua adalah dipohon untuk mengambil maklum mengenai perkara tersebut.

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

(Nota: Semua premis perniagaan Wilayah Persekutuan tidak dibenarkan mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik biodegradasi)