Sunday, 23rd July 2017 [ 10:30:40 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Majlis Perasmian Anugerah Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur (KLMTA) 2017

               klmta2017-01    klmta2017-02    

Pada 7 Mac 2017 yang lalu, telah berlangsung Majlis Perasmian Anugerah Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur (KLMTA) 2017 di The Hall, Biro Pelancongan Kuala Lumpur, Jalan Tangsi, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ibrahim bin Yusoff, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio-Ekonomi), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur KLMTA 2017 dan panel juri yang telah dilantik untuk mengadili KLMTA 2017.

               klmta2017-03    klmta2017-04

Borang pencalonan dan keterangan lanjut mengenai anugerah-anugerah dalam KLMTA 2017 boleh dimuat turun melalui Laman Web KLMTA 2017 di http://www.klmayortourismawards.com . Tarikh tutup penyerahan borang pencalonan adalah pada 31 Mac 2017.