Jumaat, 24 Mac 2017 [ 6:09:31 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Sebutharga Bil. 10/2017

Tarikh Iklan Sebutharga : 17 Mac 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementerian Kerja Raya Malaysia (dahulu dikenali sebagai Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

 

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA KELAYAKAN PETENDER TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN SEBUTHARGA DITUTUP HARGA DOKUMENTASI
2017/B050

Membekal Dan Menghantar Alatganti Tulen Kenderaan Jenama Hino Ke Stor Pusat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal Untuk Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

sahaja),

Kod Bidang Baru

110301 Atau 110302 Atau 110304

Tarikh Sebutharga dibuka

17 Mac 2017

(Jumaat)

Tarikh Sebutharga ditutup

30 Mac 2017

(Khamis)
RM50.00
2017/B051

Membekal Dan Menghantar Alatganti Tulen Kenderaan Jenama Kia Ke Stor Pusat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal Untuk Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

sahaja),

Kod Bidang Baru

110301 Atau 110302 Atau 110304


 

Tarikh Sebutharga dibuka

17 Mac 2017

(Jumaat)

Tarikh Sebutharga ditutup

30 Mac 2017

(Khamis)
 RM50.00
2017/B052

Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Menaiktaraf Sistem E-Suntikan (Modul Kad Kesihatan) Untuk Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor

sahaja),

Kod Bidang Baru

210102 Atau 210103 Atau 210104 Atau 210105 Atau 210106 Atau 210107 Atau 210108 Atau 210109

Tarikh Sebutharga dibuka

17 Mac 2017

(Jumaat)

Tarikh Sebutharga ditutup

30 Mac 2017

(Khamis)
 RM50.00
2017/B053

Perkhidmatan Pembersihan Pejabat Cawangan Kepong, Jabatan Perkhidmatan Kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

sahaja),

Kod Bidang Baru

221001 Atau 221002 Atau 221003

Tarikh Sebutharga dibuka

17 Mac 2017

(Jumaat)

Tarikh Sebutharga ditutup

30 Mac 2017

(Khamis)
 RM50.00
2017/B054 Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Baikpulih Lantai Gelanggang Badminton Di Pusat Komuniti Manjalara, Kuala Lumpur

Bumiputera

Berdaftar Dengan CIDB

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

sahaja),

Gred G2

Kategori CE

Pengkhususan

CE22

 

Tarikh Taklimat

Tapak

22 Mac 2017

(Rabu)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Pusat Komuniti Manjalara, Kuala Lumpur

Tarikh Sebutharga ditutup

04 April 2017

(Selasa)

RM50.00

 

  1. Dokumen sebutharga 2017/B054 boleh dibeli Secara ’Online’ di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi sebutharga 2017/B054 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat hendaklah membawa seperti berikut :-

    (i)Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB*
    (ii)Surat pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU (jika berkaitan)*
    (iii)Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)*
    (iv)Cop Syarikat (Rubber Stamp)

    * Mengikut kelayakan tender yang ingin disertai.

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), iii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), iv) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU (dahulu dikenali sebagai Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)) dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Sebutharga Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online. Surat kebenaran khas menyertai sebutharga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  9. Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.