Friday, 26th May 2017 [ 3:20:55 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Menteri Wilayah Persekutuan Rasmi Jalan Masuk Dari Lebuhraya DUKE

               DukeRasmi2    DukeRasmi    

Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor merasmikan pembukaan jalan susur masuk dari Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) ke Jalan 2/10, Taman Koperasi Polis Fasa 1 di sini bagi memberi kemudahan kepada kira-kira 20,000 penduduk di kawasan berkenaan dan sekitar.

Projek yang menelan belanja RM5.3 juta dan mula dibina pada 15 Februari hingga 10 Disember tahun lalu itu turut merangkumi pembinaan sebuah jambatan  dan kerja-kerja tanah.

Yang hadir sama ke Majlis Perasmian tersebut adalah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.