Khamis, 17 Ogos 2017 [ 11:43:38 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Makluman Permohonan Struktur Telekomunikasi Di Sekitar Kuala Lumpur Melalui Unit Pusat Setempat (OSC) DBKL

Berkuatkuasa pada 1 April 2017, setiap permohonan baru dan pembaharuan permit sedia ada bagi membina struktur telekomunikasi di kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hendaklah dikemukakan melalui Unit Pusat Setempat (OSC) DBKL.

 

Setiap permohonan baru dan pembaharuan permit sedia ada bagi membina struktur pemancar telekomunikasi di kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur masih tertakluk kepada pemakaian borang permohonan dan bayaran memproses permohonan yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2017.

 

Selaras dengan pelaksanaan seperti di atas, mulai 1 April 2017 setiap permohonan baru dan pembaharuan permit sedia ada bagi membina struktur pemancar telekomunikasi hendaklah menggunakan borang permohonan yang disertakan dengan bayaran memproses permohonan dan perlu dikemukakan ke alamat seperti berikut:

 

Unit Pusat Setempat (OSC),
Ground Floor, Menara DBKL 2,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur