Ahad, 30 April 2017 [ 8:45:34 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Tender Bil. 08/2017

Tarikh Iklan Tender : 21 April 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2017/A046

Cadangan Menaiktaraf Laluan Pejalan Kaki Di Sebahagian Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

 

 

 

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4

Kategori CE

Pengkhususan

CE01 Dan CE21

Tarikh Tender Dibuka

21 April 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

15 Mei 2017 (Jumaat)
RM450.00
2017/A047

Cadangan Menjalankan Kerja-Kerja Pembaikan Cerun Dan Sistem Perparitan Di Cerun Bukit Aman – KTM, Kuala Lumpur.

 

 

 

 

Berdaftar Dengan CIDB

Gred G5

Kategori CE

Pengkhususan

CE08 Dan CE21

Tarikh Taklimat Tapak

26 April 2017 (Rabu)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Perhentian Bus Jalan Parlimen, Berdekatan Bank Rakyat.

Tarikh Tender Ditutup

17 Mei 2017 (Rabu)
RM400.00
2017/A048

Cadangan Menjalankan Kerja-Kerja Pembaikan Cerun Dan Sistem Perparitan Di Atas Lot 150, Persiaran Syed Putra 5, Bukit Robson, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

 

 

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB

Gred G3

Kategori CE

Pengkhususan

CE08 Dan CE21

Tarikh Taklimat Tapak

26 April 2017 (Rabu)

11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Hujung Jalan Persiaran Syed Putra 5, Berhampiran Tangki Air SYABAS.

Tarikh Tender Ditutup

17 Mei 2017 (Rabu)

 

RM350.00 
2017/A049

Kerja-Kerja Menyelenggara Sembilan (9) Unit Lif Di Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun.

 

 

 

Berdaftar Dengan CIDB

Gred G3/G4/G5/G6/G7

Kategori ME

Pengkhususan

M03

Tarikh Taklimat Tapak

27 April 2017 (Khamis)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Tingkat 17, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah.

Tarikh Tender Ditutup

18 Mei 2017 (Khamis)

 

RM300.00 
2017/A050

Cadangan Kerja-Kerja Membuka Lif Sedia Ada Serta Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliahkan Sembilan (9) Buah Lif Di Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur.

 


 

 

Berdaftar Dengan CIDB

Gred G5/G6/G7

Kategori ME

Pengkhususan

M03

Tarikh Taklimat Tapak

27 April 2017 (Khamis)

11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Tingkat 17, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah.

Tarikh Tender Ditutup

18 Mei 2017 (Khamis)
RM300.00
2017/A052

Kerja-Kerja Mengecat Semula Keseluruhan Blok Bangunan Di Institut Latihan Dewan Bandaraya (IDB), Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

 

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB

Gred G3

Kategori B

Pengkhususan

B14 Dan B24

Tarikh Taklimat Tapak

28 April 2017 (Jumaat)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Lobi Institut Latihan DBKL (IDB), Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Tarikh Tender Ditutup

19 Mei 2017 (Jumaat)
 RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2017/A047, 2017/A048, 2017/A049, 2017/A050 dan 2017/A052 hanya boleh dibeli di atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2017/A047, 2017/A048, 2017/A049, 2017/A050 dan 2017/A052 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah membawa :-

    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB

    2. Surat pengiktirafan Bumiputera oleh PKK (Jika Berkenaan)*
    3. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara online di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yg didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu dikaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan(SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran(CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan PKK/BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi/rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.