Selasa, 23 Mei 2017 [ 5:24:55 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Sebutharga Bil. 18/2017

Tarikh Iklan Sebutharga : 12 Mei 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementerian Kerja Raya Malaysia (dahulu dikenali sebagai Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

 

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA KELAYAKAN PETENDER TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN SEBUTHARGA DITUTUP HARGA DOKUMENTASI
2017/B078

Perkhidmatan Penyelenggaraan Dan Pembaikan Kenderaan Kembalik Untuk Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor

sahaja),

Kod Bidang Baru

130201 Atau 220105 Atau 220107

Tarikh Sebutharga dibuka

12 Mei 2017

(Jumaat)

Tarikh Sebutharga ditutup

25 Mei 2017

(Khamis)

RM50.00
2017/B079

Membekal, Menghantar Dan Menyerahguna Barangan Racun Serangga / Rumpai Dan Aksesori Ke Stor Pusat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal Untuk Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

sahaja),

Kod Bidang Baru

070102 Atau 020401 Atau 020403


 

Tarikh Sebutharga dibuka

12 Mei 2017

(Jumaat)

Tarikh Sebutharga ditutup

25 Mei 2017

(Khamis)

 RM50.00
2017/B080

To Supply And Install One (1) Unit Of Air Compressor And One (1) Unit Of Air Dryer

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor

sahaja),

Kod Bidang Baru

130101 Atau 130102

Tarikh Taklimat

Tapak

16 Mei 2017

(Selasa)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal

Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Bahagian Bengkel, KM 4, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur.

Tarikh Sebutharga ditutup

29 Mei 2017

(Isnin)

 RM50.00
2017/B081

Penyelenggaraan Mesin Dan Peralatan Bengkel Untuk Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor

sahaja),

Kod Bidang Baru

130101 Atau 130102 Atau 220504

Tarikh Taklimat

Tapak

16 Mei 2017

(Selasa)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal

Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Bahagian Bengkel, KM 4, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur.

Tarikh Sebutharga ditutup

29 Mei 2017

(Isnin)

 RM50.00

 

  1. Dokumen sebutharga 2017/B080 dan 2017/B081 boleh dibeli Secara ’Online’ di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi sebutharga 2017/B080 dan 2017/B081 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat hendaklah membawa seperti berikut :-

    (i)Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB*
    (ii)Surat pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU (jika berkaitan)*
    (iii)Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)*
    (iv)Cop Syarikat (Rubber Stamp)

    * Mengikut kelayakan tender yang ingin disertai.

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), iii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), iv) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU (dahulu dikenali sebagai Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)) dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Sebutharga Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online. Surat kebenaran khas menyertai sebutharga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  9. Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.