Saturday, 23rd September 2017 [ 4:52:43 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

141 Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Diwartakan Kawasan Larangan Merokok

                   Image00001    Image00002

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewartakan sebanyak 141 laluan pejalan kaki berbumbung di ibu kota sebagai kawasan merokok dan pewartaan itu berkuatkuasa April yang lalu.

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz telah melancarkan program KL Bebas KL Bebas Asap Rokok di Jejantas dan Laluan Pejalan Kaki Bandaraya Kuala Lumpur 2017. Pada masa sama, DBKL menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama sembilan rakan perkongsian pintar membabitkan pelbagai agensi dan komuniti.

 

Bagi memperkukuhkan pemantauan pelaksanaan tersebut, warga kota diharap membantu menjadi ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa tempatan (PBT) dan melaporkan kesalahan berkenaan ke talian bebas tol 1800-88-3255 atau 03-2268 7333.