Jumaat, 23 Jun 2017 [ 4:46:53 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Tender Bil. 11/2017

Tarikh Iklan Tender : 26 Mei 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2017/A074

Cadangan Menaiktaraf Pembinaan Boardwalk, Tangga Dan Decking, Trellis, Pelantar Brazillian Nut, Pergola, Railing, Dan Platform Di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB
Gred  G3
Kategori B Dan CE
Pengkhususan
B04 Dan CE21

Tarikh Taklimat Tapak

30 Mei 2017 (Selasa)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

 Panggung Aniversari, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup

13 Jun 2017 (Selasa)
RM350.00
2017/A075

Cadangan Rekabentuk, Pembinaan, Penyiapan, Pelengkapan, Pengujian Dan Pentauliahan ‘Waterfall’ Taman Botani Perdana Kuala Lumpur (Secara Design & Build).

 

 

 

 

 

 

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB
Gred  G4
Kategori CE Dan ME
Pengkhususan
CE01 Dan CE14 Dan CE21 Dan M22

Tarikh Taklimat Tapak

30 Mei 2017 (Selasa)

11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

 Panggung Aniversari, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup

14 Ogos 2017 (Isnin)
RM350.00
2017/A076

Cadangan Pembangunan Semula Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

 

 

 

 

Berdaftar Dengan CIDB
Gred  G6
Kategori CE Dan ME
Pengkhususan
CE01 Dan CE14 Dan CE21 Dan M22

Tarikh Taklimat Tapak

31 Mei 2017 (Rabu)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

 Tempat Letak Kereta A, Taman Permainan Kanak-Kanak, Taman Tasik Permaisuri

Tarikh Tender Ditutup

13 Jun 2017 (Selasa)

 

 

RM550.00 
2017/A077

Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Pedestrian Walkway Zon 4, Kuala Lumpur (Dari Stesen Monorel Chow Kit Sepanjang Jalan Raja Muda Abdul Aziz Dari TH Selbron Hingga Bulatan Pahang (Sebelah Kiri) Sepanjang Jalan Raja Abdullah Hingga Jalan Sultan Ismail (Kiri & Kanan), Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Jalan Raja Alang, Jalan Raja Muda Musa, Padang Bola Kampung Melaka Pindah, Kampung Baru, Bulatan Pahang Ke Stesen Monorel Chow Kit) Kuala Lumpur.

 


 

 

 

Bumiputera, Berdaftar Dengan KKM
221002 Dan 222102 Dan 222104

Tarikh Taklimat Tapak

31 Mei 2017 (Rabu)

11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

  Perhentian Bas Hadapan Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup

13 Jun 2017 (Selasa)
RM300.00 
2017/A078

Cadangan Ubahsuai Dan Menaiktaraf Dewan Serbaguna PPR Desa Rejang, 53300 Kuala Lumpur.

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB
Gred  G4
Kategori B Dan CE
Pengkhususan
B04 Dan CE21

Tarikh Taklimat Tapak

01 Jun 2017 (Khamis)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

  Dewan Serbaguna PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur.

Tarikh Tender Ditutup

14 Jun 2017 (Rabu)
 RM400.00
2017/A079

Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Cerun Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tahun 2017-2019

 

 


 

 

Bumiputera, Berdaftar Dengan CIDB
Gred  G4
Kategori CE
Pengkhususan
CE08 Dan CE21

Tarikh Taklimat Tapak

26 Mei 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

8 Jun 2017 (Khamis)
RM400.00

 

  1. Dokumen tender 2017/A074, 2017/A075, 2017/A076, 2017/A077 dan 2017/A078 hanya boleh dibeli di atas talian (online) di laman sesawang https://eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.
  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2017/A074, 2017/A075, 2017/A076, 2017/A077 dan 2017/A078 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah membawa :-

    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB *
    2. Surat asal dan salinan Pengiktirafan Bumiputera oleh PKK (jika berkaitan)*

    3. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)*

    4. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara online di laman sesawang https://eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu dikaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan(SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran(CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan PKK/BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi/rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.