Isnin, 24 Julai 2017 [ 12:40:07 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Sebutharga Bil. 23/2017

Tarikh Iklan Sebutharga : 12 Julai 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor / pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA KELAYAKAN PETENDER TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN SEBUTHARGA DITUTUP HARGA DOKUMENTASI
2017/B100 Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sistem Pengurusan Perpustakaan Symphony Perpustakaan Kuala Lumpur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja),
Kod Bidang Baru
210102 Atau
210103 Atau
210104 Atau
210105 Atau
210106 Atau
210107

Tarikh Sebutharga Dibuka
12 Julai 2017 (Rabu)

 

Tarikh Sebutharga Ditutup
25 Julai 2017 (Selasa)

RM50.00
 2017/B101 Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Surau Nur Al-Syakirin (Surau Jumaat), Di Jalan 30/56, Keramat Wangsa, Kuala Lumpur Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja),
Gred G1
Kategori B
Pengkhususan
B04

Tarikh Taklimat Tapak
18 Julai 2017 (Selasa)

9.30 Pagi - 10.30 Pagi
Surau Al-Syakirin (Surau Jumaat), Jalan 30/56 Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur


Tarikh Sebutharga Ditutup
31 Julai 2017 (Isnin)

RM50.00

 

  1. Dokumen sebutharga 2017/B101 boleh dibeli Secara ’Online’ di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi sebutharga 2017/B101 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat hendaklah membawa seperti berikut :
    (i) Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB*
    (ii) Surat pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU (jika berkaitan)*
    (iii) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)*
    (iv) Cop Syarikat (Rubber Stamp)

    * Mengikut kelayakan tender yang ingin disertai.

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender / wakil hendaklah mendaftarterlebih dahulu secara ’Online’ di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.
  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), iii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), iv) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Sebutharga Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online. Surat kebenaran khas menyertai sebutharga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  9. Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.