Isnin, 24 Julai 2017 [ 12:40:23 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Tender Bil. 14/2017

Tarikh Iklan Tender : 17 Julai 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor / pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan / atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2017/A096 Perkhidmatan Upah Menjahit Pakaian Seragam Pegawai Dan Anggota Penguatkuasa Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Berdaftar Dengan KKM
222401

Tarikh Tender Dibuka
17 Julai 2017 (Isnin)


Tarikh Tender Ditutup
3 Ogos 2017 (Khamis)

RM300.00
2017/A097 Supply And Delivery Of Fourteen (14) Units New Lorry. Berdaftar Dengan KKM
110199

Tarikh Tender Dibuka
17 Julai 2017 (Isnin)


Tarikh Tender Ditutup
3 Ogos 2017 (Khamis)

RM300.00
2017/A098 Penyenggaraan Jentera Jenama Bobcat, Tadano Dan Morbark Untuk Tempoh Dua (2) Tahun. Bumiputera, Berdaftar Dengan KKM
110302 Atau
110303 Atau
220106 Atau
220112

Tarikh Tender Dibuka
17 Julai 2017 (Isnin)


Tarikh Tender Ditutup
3 Ogos 2017 (Khamis)

RM300.00
2017/A099 Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Taman Rimba Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur. Bumiputera, Berdaftar Dengan KKM
221002 Dan
222102 Dan
222104

Tarikh Taklimat Tapak
19 Julai 2017 (Rabu)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Tempat Letak Kereta Taman Rimba Bukit Kerinchi

Tarikh Tender Ditutup
7 Ogos 2017 (Isnin)

 RM300.00
2017/A100 Kerja-Kerja Membekal Dan Memasang 128KVA Uninterruptible Power Supply (UPS) System Di Pusat Data, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Bumiputera, Berdaftar Dengan KKM
210103 Atau
210104 Atau
210105 Atau
210106

Tarikh Taklimat Tapak
19 Julai 2017 (Rabu)

11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Tingkat 1, Jabatan Pengurusan Maklumat, Menara DBKl 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup
7 Ogos 2017 (Isnin)

 RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2017/A099 dan 2017/A100 hanya boleh dibeli di atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2017/A099 dan 2017/A100 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJAyang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah membawa:-
    1. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)*

    2. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan PKK / BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  9. Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) dan laman sesawang eperolehan DBKL (eperolehan.dbkl.gov.my)