Sunday, 24th September 2017 [ 12:17:04 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

PM Lancar Projek RoL dan Kolam Biru

                   PICrol2    picrol3

Datuk Seri Najib Tun Razak telah hadir melancarkan projek RoL atau Sungai Nadi Kehidupan dan projek Blue Pool di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Ianya bakal menjadi ikon baharu kepada bandar raya Kuala Lumpur dalam memeriahkan lagi industri pelancongan di negara ini.

 

RoL yang mula menjalani pro¬ses pembinaan pada tahun 2011 adalah projek permulaan Greater Kuala Lumpur di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bertujuan mentransformasikan Sungai Klang dan Sungai Gombak menjadi kawasan pinggiran su¬ngai berdaya maju serta memiliki nilai ekonomi tinggi.

 

Kerja-kerja pembersihan sungai yang menjadi skop utama projek tersebut menelan belanja seba¬nyak RM3.4 bilion dan meliputi lapan sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Su¬ngai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Keroyong sepanjang 110 kilometer.

 

Projek Kolam Biru pula merupakan pertunjukan air pancut diiringi pantulan cahaya lampu berwarna-warni mengikut irama muzik adalah ikon baharu kepada Kuala Lumpur hasil cetusan idea Perdana Menteri yang mahu mengoptimumkan potensi kawasan tersebut sebagai pengge¬rak ekonomi negara dan menarik lebih ramai pelancong.