Sabtu, 18 November 2017 [ 1:36:37 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Tender Bil. 25/2017

Tarikh Iklan Tender : 27 Oktober 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor / pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan / atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2017/A204

Supply And Delivery Of Two (2) Units New High Jetter Truck And One (1) Unit New Catch Basin Truck

 

 

Bumiputera, Berdaftar KKM

Kod Bidang

110199

Tarikh Tender Dibuka

27 Oktober 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

15 November 2017 (Rabu)
RM300.00
2017/A205

Supply And Delivery Of Four (4) Units “New Heavy – Duty Truck Mounted Water Tanker Of Capacity 5,000 Litres”



 

Berdaftar KKM

Kod Bidang

110104 Dan 110199

Tarikh Tender Dibuka

27 Oktober 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

15 November 2017 (Rabu)
RM300.00
2017/A206

Kerja Menyelenggara, Memelihara Dan Mengganti Alatganti Kepada Lif Berjenama   “Toshiba” Yang Sedia Ada Di Kawasan Projek Perumahan Rakyat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Sebanyak 21 Buah, Secara “Total Comprehensive Maintenance”

 

Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4/G5/G6/G7

Kategori ME

Pengkhususan

M03

Tarikh Taklimat Tapak

1 November 2017 (Rabu)

9.30 Pagi-10.30 Pagi

Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup

20 November 2017 (Isnin)
RM350.00
 2017/A207  

Kerja Menyelenggara, Memelihara Dan Mengganti Alatganti Kepada Lif Berjenama   “Schindler” Yang Sedia Ada Di Kawasan Perumahan Awam, Projek Perumahan Rakyat Dan Rumah Jual Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Sebanyak 113 Buah, Secara “Total Comprehensive Maintenance”

Berdaftar Dengan CIDB

Gred G7

Kategori ME

Pengkhususan

M03 

Tarikh Taklimat Tapak

1 November 2017 (Rabu)

9.30 Pagi-10.30 Pagi

Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup

20 November 2017 (Isnin) 
 RM350.00

 

  1. Dokumen tender 2017/A206 Dan 2017/A207 hanya boleh dibeli di atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2017/A206 Dan 2017/A207 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah membawa:-
    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB*
    2. Cop Syarikat (Rubber Stamp)
  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan PKK / BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.