Sabtu, 18 November 2017 [ 1:35:03 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Tender Bil. 26/2017

Tarikh Iklan Tender : 6 November 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor / pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan / atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2017/A210

Kerja-Kerja Penggantian, Naiktaraf Dan Baikpulih Sistem Pam Air Serta Peralatan Berkaitan Di Kawasan Perumahan Awam Fasa 3 Dan Fasa 8/9, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

 

 

 

 

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4

Kategori ME

Pengkhususan

M22 Dan E11

Tarikh Taklimat Tapak

8 November 2017 (Rabu)

9.30 Pagi-10.30 Pagi

Dewan Masyarakat Fasa 8/9, Bandar Baru Sentul, 53000 Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup

27 November 2017 (Isnin)
RM300.00
2017/A211

Kerja-Kerja Penggantian, Naiktaraf Dan Baikpulih Sistem Pencegah Kebakaran Serta Peralatan Berkaitan Di Kawasan Perumahan Awam Fasa 3 Dan Fasa 8/9, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

 



 

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4

Kategori ME

Pengkhususan

M02 Dan E11



Tarikh Taklimat Tapak

8 November 2017 (Rabu)

9.30 Pagi-10.30 Pagi

Dewan Masyarakat Fasa 8/9, Bandar Baru Sentul, 53000 Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup

27 November 2017 (Isnin)
RM300.00
2017/A212

Supply, Delivery, Testing And Commissioning Of Lorry 8x4 Mounted With Crane For Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

 

 

Bumiputera, Berdaftar KKM

Kod Bidang

110104 Dan 110202

Tarikh Tender Dibuka

6 November 2017 (Isnin)

Tarikh Tender Ditutup

23 November 2017 (Khamis)
RM300.00
2017/A213

Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Infrastruktur Awam Bagi Sistem Jalanraya Dan Perparitan Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tahun 2017-2019

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4

Kategori CE

Pengkhususan

CE01 Dan CE21

Tarikh Tender Dibuka

6 November 2017 (Isnin)

Tarikh Tender Ditutup

23 November 2017 (Khamis)
 RM300.00
2017/A214

Cadangan Kerja-Kerja Pengisaran Dan Penurapan Semula Jalan Bagi Bekas Lubang Gali Syarikat Utiliti Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tahun 2018/2020

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB

 

Gred G4

 

Kategori CE

 

Pengkhususan

CE01 Dan CE21

Tarikh Tender Dibuka

6 November 2017 (Isnin)

Tarikh Tender Ditutup

23 November 2017 (Khamis)
 RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2017/A210 Dan 2017/A211 hanya boleh dibeli di atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2017/A210 Dan 2017/A211 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah membawa:-
    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB*
    2. Surat asal dan salinan Pengiktirafan Bumiputera oleh PKK
    3. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan PKK / BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.