Isnin, 11 Disember 2017 [ 9:17:57 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Tender Bil. 27/2017

Tarikh Iklan Tender : 17 November 2017

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor / pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan / atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2017/A220

Perkhidmatan Makmal Perubatan Di Klinik Kakitangan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun

 

 

 

 

 

Bumiputera, Berdaftar KKM

Kod Bidang

220601 Atau 220602

Tarikh Tender Dibuka

17 November 2017 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup

7 Disember 2017 (Khamis)
RM300.00
2017/A221

Perkhidmatan Kerja-Kerja Pemantauan Media Bagi Tempoh 36 Bulan Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

 



 

Berdaftar KKM

Kod Bidang

222001 Dan 222002 Dan 222004 Dan 222006



Tarikh Tender Dibuka

17 November 2017 (Jumaat)

 

Tarikh Tender Ditutup

7 Disember 2017 (Khamis)
RM300.00
2017/A222

Perkhidmatan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Landskap Lembut di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur

 

 

Bumiputera, Berdaftar KKM

Kod Bidang

221002 Dan 222102 Dan 222104

Tarikh Taklimat Tapak

22 November 2017 (Rabu)

9.30 Pagi-10.30 Pagi

Visitor Centre, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Tarikh Tender Ditutup

12 Disember 2017 (Selasa)
RM300.00
2017/A223

Cadangan Pembangunan Taman Berkonsepkan Taman Ethnobotani Di Taman Botani Perdana Fasa 2, Jalan Tanglin, Seksyen 59, Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tetuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4

Kategori CE

Pengkhususan

CE14 Dan CE21

Tarikh Taklimat Tapak

22 November 2017 (Rabu)

11.00 Pagi-12.00 Tengah Hari

Kanopi Taman Botani, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup

12 Disember 2017 (Selasa)
 RM300.00
2017/A224

Perkhidmatan Pengurusan Dan Penyelenggaraan Pembersihan/Pencucian Di Kompleks Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun              (2018-2020)

 

Bumiputera, Berdaftar KKM

Kod Bidang

221001 Dan 221002 Dan 221003

Tarikh Taklimat Tapak

23 November 2017 (Khamis)

9.30 Pagi-10.30 Pagi

Bilik Mesyuarat Zamrud,

Tingkat 4, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB),

No. 19 Jalan Yaacob Latif,

Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup

13 Disember 2017 (Rabu)
 RM300.00
2017/A225

Perkhidmatan Pembersihan Dan Penyelenggaraan Di Kompleks Perniagaan Keramat Mall, Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun

 

Bumiputera, Berdaftar KKM

Kod Bidang

221001 Dan 221002 Dan 221003

Tarikh Taklimat Tapak

23 November 2017 (Khamis)

11.00 Pagi-12.00 Tengah Hari

Dewan Perdana Keramat Mall

Tarikh Tender Ditutup

13 Disember 2017 (Rabu)
 RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2017/A222, 2017/A223, 2017/A224 Dan 2017/A225 hanya boleh dibeli di atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2017/A222, 2017/A223, 2017/A224 Dan 2017/A225 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah membawa:-
    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB*
    2. Surat asal dan salinan Pengiktirafan Bumiputera oleh PKK (jika berkaitan)*
    3. Salinan Sijil AKuan Pendaftaran Syarikat dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)*
    4. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara Online sahaja.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan PKK / BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.