Selasa, 12 November 2019 [ 9:50:52 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Perkhidmatan Kami

Objektif

Memastikan proses permohonan dan keputusan bagi semua jenis lesen perniagaan dan lesen penjaja dilaksanakan dengan cepat dan teratur serta memastikan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara sistematik dalam membantu membangunkan perkembangan perniagaan secara terkawal.

Fungsi

  1. Mencadang penggubalan dasar dan melaksanakan dasar pelesenan yang telah ditetapkan oleh pentadbiran DBKL

  2. Memproses dan mengeluarkan lesen premis perniagaan kepada premis perniagaan, penjaja dan peniaga kecil, lesen iklan, lesen hiburan, lesen minuman keras dan lesen pelbagai berpandukan kepada syarat dan peraturan DBKL sebagai penguasa tempatan

  3. Menguatkuasa undang-undang dan syarat-syarat semua lesen yang dikeluarkan oleh jabatan untuk mewujudkan aktiviti dan komuniti perniagaan yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab

  4. Mengawal dan memastikan amalan budaya sihat dalam komuniti perniagaan formal dan tidak formal

  5. Merancang keperluan dan pembangunan pasar dan pusat penjaja yang seragam, teratur dan serba lengkap bagi mewujudkan sistem perniagaan kecil yang lebih sistematik dan bertaraf tinggi

  6. Merancang serta menggalakkan pertumbuhan sektor perniagaan bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi disamping mewujudkan suasanan perniagaan yang bersih, sihat dan teratur serta mengekalkan keindahan Kuala Lumpur

  7. Bertindak sebagai sebuah jabatan pemungut hasil DBKL dan kerajaan persekutuan melalui kutipan fi lesen dan cukai hiburan