Friday, 27th April 2018 [ 9:11:33 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Makluman Pindaan Kadar Bayaran Bagi Yuran Memproses Permohonan Baru Dan Pembaharuan Permit Pembinaan Struktur Telekomunikasi Di Kawasan Kuala Lumpur

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah membuat semakan kadar bayaran yuran memproses permohonan baru dan pembaharuan permit pembinaan struktur telekomunikasi di kawasan Kuala Lumpur. Sehubungan itu, bayaran baru yuran memproses permohonan dan pembaharuan permit adalah seperti berikut:

Permohonan Baru Struktur Pemancar Telekomunikasi Atas Tanah

BIL. PERMOHONAN BARU AMAUN (RM)
1. Bayaran Permit kepada DBKL 2,900.00 setahun bagi satu tapak
2. Bayaran Memproses Permohonan 6,200.00 bagi satu tapak

Permohonan Pembaharuan Permit Struktur Pemancar Telekomunikasi Atas Tanah

BIL. PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT AMAUN (RM)

2. Bayaran Memproses Permohonan Pembaharuan Permit 2,500.00 bagi satu tapak

Permohonan Baru Struktur Pemancar Telekomunikasi Atas Bumbung

BIL. PERMOHONAN BARU AMAUN (RM)
1. Bayaran Permit kepada DBKL 2,500.00 setahun bagi satu tapak
2. Bayaran Memproses Permohonan 4,900.00 bagi satu tapak

Permohonan Pembaharuan Permit Struktur Pemancar Telekomunikasi Atas Bumbung

Kadar bayaran baru ini akan berkuatkuasa mulai 10 Ogos 2017, selaras dengan penangguhan bayaran Yuran Memproses Permohonan berkenaan.

Kadar bayaran baru ini dikenakan bagi setiap permohonan baru dan permohonan memperbaharui permit struktur telekomunikasi termasuk semua permohonan yang dikemukakan di bawah program pemutihan yang akan berakhir pada 31 Disember 2017.

Untuk makluman pihak tuan, bayaran ini hendaklah dijelaskan semasa permohonan dibuat dan dikenakan mengikut jumlah tapak yang dipohon. Bayaran ini juga tidak akan dikembalikan sama ada permohonan diluluskan atau ditolak.