Khamis, 23 November 2017 [ 7:18:36 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Profil Jabatan

Sejak ditubuhkan pada tahun 1970, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) telah mengalami beberapa perubahan dari segi status Jabatan. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak melibatkan perubahan fungsinya. Antara fungsi tradisi JPSM yang telah sekian lama dilaksanakan ialah perancangan guna tenaga Manusia, pelantikan dan penempatan kakitangan, perkhidmatan, pembangunan prestasi, pembangunan modal insan, Pengurusan hal ehwal kebajikan, kaunseling dan persaraan.

Kini, selaras dengan perubahan persekitaran global, JPSM menghadapi cabaran besar dalam membentuk modal insan yang berkualiti bagi memastikan DBKL menjadi sebuah organisasi yang berdaya saing. Oleh itu, JPSM menggalas tanggungjawab yang besar untuk menyediakan warga kerja yang kompeten bagi memastikan visi dan misi DBKL tercapai.

Selain melaksanakan fungsi-fungsi tradisi, JPSM telah diberi tanggungjawab sebagai urus setia kepada program-program peningkatan prestasi DBKL, program peningkatan budaya inovasi dan program peningkatan imej DBKL.

Bagi program peningkatan prestasi DBKL, JPSM bertanggungjawab melaksanakan MS ISO 9001 : 2008, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Sistem Pengurusan Kerja Melalui Amalan 5S. Program peningkatan budaya inovasi pula dilaksanakan melalui penubuhan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di setiap Jabatan/unit dan program penjanaan idea inovasi daripada setiap Jabatan, kumpulan atau individu. Pasukan KIK diberi pengiktirafan semasa Konvensyen KIK peringkat DBKL dan idea inovasi pula diberi pengiktirafan pada Hari Inovasi peringkat DBKL.

Disamping itu, JPSM juga bertindak sebagai urus setia kepada program-program yang meningkatkan imej DBKL seperti Sistem Penggredan PBT (Star Rating) dan Anugerah Inovasi PBT dan lain-lain anugerah yang dipertandingkan.

VISI

Warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang kompeten menjelang tahun 2020.

MISI

Melaksanakan fungsi Pengurusan Sumber Manusia dengan cekap dan berkesan berasaskan pelaksanaan amalan pengurusan terbaik.