Saturday, 20th January 2018 [ 11:17:23 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Tender Bil. 1/2018

Tarikh Iklan Tender : 9 Januari 2018

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor / pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan / atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2018/A001 Cadangan Bagi Kerja-Kerja Menyelenggara, Menaiktaraf Dan Baikpulih Permaidani Serta Kerja-Kerja Berkaitan Untuk Semua Surau Rumah Pangsa Di Kawasan Perumahan Awam/PPR DBKL Zon 3 & Zon 4 Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh Satu (1) Tahun. Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
020102 Atau
020103

Tarikh Tender Dibuka
9 Januari 2018 (Selasa)


Tarikh Tender Ditutup
26 Januari 2018 (Jumaat)

RM300.00
2018/A002 Cadangan Bagi Kerja-Kerja Menyelenggara, Menaiktaraf Dan Baikpulih Permaidani Serta Kerja-Kerja Berkaitan Untuk Semua Surau Rumah Pangsa Di Kawasan Perumahan Awam/PPR DBKL Zon1 & Zon 2 Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh Satu (1) Tahun. Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
020102 Atau
020103

Tarikh Tender Dibuka
9 Januari 2018 (Selasa)


Tarikh Tender Ditutup
26 Januari 2018 (Jumaat)

RM300.00
2018/A003 Kerja-Kerja Membekal, Menanam Dan Menyelenggara Kerja-Kerja Landskap Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
222102 Dan
222104

Tarikh Tender Dibuka
9 Januari 2018 (Selasa)


Tarikh Tender Ditutup
26 Januari 2018 (Jumaat)

RM300.00
2018/A004 Cadangan Meroboh Dan Membina Semula Sebuah Surau 2 Tingkat, Di Atas Rezab Jalan Lorong Bandar 16, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Seksyen 62, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G3
Kategori B Dan ME
Pengkhususan
B04 Dan E11

Tarikh Taklimat Tapak
11 Januari 2018 (Khamis)

9.30 Pagi - 10.30 Pagi
Tapak Projek, Di Rezab Jalan Lorong Bandar 16, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Seksyen 62, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup
30 Januari 2018 (Selasa)

 RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2018/A004 hanya boleh dibeli di atas talian (online) di laman sesawang  eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2018/A004 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-
    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB

    2. Surat asal dan salinan Pengiktirafan Bumiputera oleh PKK

    3. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara Online sahaja.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan PKK / BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.