Selasa, 20 Februari 2018 [ 11:56:53 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Makluman Pindaan Tatacara Permohonan Pelan Jalan Dan Perparitan Dan Pelaksanaan “Risk Based Inspection” Di Peringkat Permohonan Surat Pengesahan Borang G17

NOTIS PEMBERITAHUAN

 

Kepada Jurutera Perunding / Pemaju

  1. Dimaklumkan bahawa bermula 1hb Mac 2018, permohonan bagi Kelulusan Jalan dan Perparitan merangkumi skop proses pelan bagi Sistem Pengurusan Air Hujan (On-Site Detention and Rainwater Harvesting) dan Pembetung Pintu Masuk. Oleh demikian, Pelan Sistem Pengurusan Air Hujan dan Pelan Pembetung Pintu Masuk akan diluluskan bersama-sama Pelan Jalan dan Perparitan serentak.

  2. Dimaklumkan mulai 1hb Mac 2018, Jabatan Perancangan Infrastruktur akan melaksanakan kaedah “Risk Based Inspection” bagi permohonan surat pengesahan Borang G17 perakuan berperingkat : Jalan dan Perparitan. Oleh itu, semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui kaunter Urusetia Pusat Setempat (OSC).

  3. Garis Panduan berkaitan permohonan boleh dimuat turun seperti pautan di bawah dan borang-borang berkaitan akan dimuat naik mulai 1hb Mac 2018 melalui halaman Portal Rasmi DBKL (www.dbkl.gov.my)

 

Muat Turun Garis Panduan Permohonan Pengesahan Bagi Borang G17 Perakuan Berperingkat : Jalan Dan Perparitan CCC/ SPP (Sijil Penyiapan Dan Pematuhan)